,
Big Stage 2020

“Saya Takut Keluar Bahasa Kodiang” - Usop Cabar Diri Nyanyi Lagu Bahasa Inggeris, Hentam Sajalah!

Azwa Rahman
09/09/2020
18:16 MYT
Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop gementar untuk membawakan lagu bahasa Inggeris One Call Away nyanyian asal Charlie Puth pada konsert Kelima BS2020 Ahad ini.
Menurut Usop, dia tidak pernah menyanyikan lagu ini sebelum ini tetapi teringin untuk mempersembahkan lagu bahasa Inggeris dan mencabar dirinya.
“Saya tahu ramai orang tahu dan kata saya tak pandai bahasa Inggeris jadi nilah masanya saya nak cuba.
“Taktau la jadi karipap ke apa sebab saya tak pergi kelas bahasa Inggeris pun, kerja saya merapu je. Cara saya, saya dengar, hafal melodi. Kadang-kadang tu perkataan saya pun salah. Janji bunyi sama. Saya takut keluar bahasa Kodiang,” kata Usop kepada Gempak.
Usop ditemui semasa majlis sidang media konsert keempat BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.
Tambahnya lagi, dia sudah lama memasang impian untuk menyanyikan lagu berbahasa Inggeris di atas pentas besar.
“Big Stage ni kita kena try benda yang kita tak pernah try. Tu la, hentam je la. Tak tahu la sebutan saya nanti okay ke tak tapi sekurang-kurangnya saya cuba. Contoh macam lagu Hati, orang tak tahu saya boleh menari. Tiba-tiba ja nahhhh.
“Saya pun minat juga Charlie Puth, dia pun lagi handsome daripada saya,” ujarnya lagi berseloroh.
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Laman Utama

Adele, Charlie Puth Minta Peminat Berhenti Lakukan Trend Baling Barang Atas Pentas

gempak
05/07/2023
12:25 MYT
Bahaya kan!
Laman Utama

Tolak Tawaran Bayaran Murah, Usop Wilcha’ Hanya Pertahankan Hak Sebagai Pelakon - “Saya Tidak Mahu Tunjuk Kebodohan Diri Dengan…”

gempak
10/06/2023
04:50 MYT
Sepatutnya bayaran sesuai la dengan pengalaman.
Laman Utama

Usop Timang Cahaya Mata Sulung, Namakan Muhamad Saif Umar!

gempak
24/11/2022
19:55 MYT
Tahniah!
Laman Utama

VIDEO: #UsopJunior Is Coming! Usop Menangis Terima Kejutan Isteri Hamil, Cium Dahi, Senyum Sampai Telinga

gempak
30/03/2022
03:45 MYT
Macam tak percaya Usop nak jadi daddy dah hehe