,
Berita

"Sepatutnya Pakai Seluar, Tapi ..." Mya Dedah Punca Hampir Tergolek Di Pentas GV5

Amri Hassan
02/10/2018
09:37 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Mya Ruslee mendedahkan dia diminta untuk menukar persalinan untuk konsert pertama Ahad lalu pada saat-saat akhir.
Jelas Mya, oleh kerana gaun yang dipakai terlalu ketat, itu menjadi punca pergerakannya terbatas di pentas.
"Pergerakan saya terbatas ketika membuat persembahan sebab diminta menukarkan gaun ini pada saat akhir.
"Sepatutnya saya memakai seluar tetapi oleh kerana tidak berapa sesuai, pihak produksi menukarkan busana agar untuk visual terbaik.
"Tambah pula konsert pertama.
"Jadi, disebabkan kain ini agak ketat saya sukar menari sepanjang lagu Matahari," katanya kepada Gempak.
Namun, Mya tidak terkesan dengan busana yang diperagakan pada malam itu memandangkan juri lebih mementingkan penyampaian dan kualiti vokal.
"Tok Ram (Datuk Ramli MS) utamakan vokal sebab GV5 tak sama dengan Big Stage.
"Sebagai artis senior yang bertanding, juri meletakkan semua peserta GV5 pada par lebih tinggi.
"Mereka lebih pentingkan tempo, pitching dan interaksi penyanyi dengan muzik," tambahnya.
Mya menduduki tangga keempat pada konsert pertama GV5 selepas Amelina, Zamani dan Shafie (Rio).
Selain itu, Mya turut bersaing dengan bintang lain antaranya Dia Fadila, Forteen, Hetty Sarlene, Farawahida, Safura, Noryn Aziz, Billy Zulkarnain dan Elite.
GV5 bersiaran selama lapan minggu dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pontianak Dalam Muzik Video Mata(hari) Empty Page, Beri Makna Hilang Seseorang Atas Silap Sendiri

gempak
30/06/2024
19:29 MYT
Pembuka lembaran tahun 2024 dengan kehadiran ‘syg jgn mrh’ pada Februari menaikkan semangat kumpulan alternatif pop Empty Page untuk berkarya.
Berita

Dijemur Tengah Panas Selama 3 Jam, Murid Bakal OKU

gempak
30/05/2024
10:25 MYT
Seorang murid sekolah rendah yang didenda berdiri hampir tiga jam di bawah matahari terik dalam kejadian yang tular baru-baru ini bakal memegang status orang kelainan upaya (OKU)
Hiburan

Cili Padi, Tyson & Bunga Matahari, Semua Generasi Punya Kenangan Dengan Allahyarham Jaafar Onn

gempak
03/04/2024
05:55 MYT
Jaafar Onn, satu nama yang cukup ikonik dan sangat popular dalam dunia seni tempatan.
Viral

Kecoh Kemunculan 2 Matahari Dalam Satu Masa, Ini Penjelasan Pakar

gempak
26/02/2024
13:55 MYT
Kecoh di media sosial apabila sepotong video yang memperlihatkan dua matahari yang dirakam secara serentak viral dalam kalangan netizen
Laman Utama

Terlalu Banyak Satelit Di Angkasa, Sinar Matahari Mungkin Terhalang Sampai Ke Bumi

gempak
24/10/2023
09:30 MYT
Cahaya matahari tersekat.