,
Berita

Selalu Duduk Di Medan Karma, Memang Dah Agak Akan Tersingkir – Yan Rockanova

Rozaimi Zubaidi
20/04/2017
05:54 MYT
Peserta Rockanova, Yan sudah menjangkakan akan tersingkir kerana sering menjadi pilihan untuk berada di Medan Karma sejak minggu pertama lagi.
“Sebenarnya saya dah jangka akan tersingkir lagipun peserta lain semuanya hebat-hebat.
"Jujur saya katakan memang tak dapat nak bawa lagu ini dengan baik kerana itu bukan 'makanan' saya.
"Saya sendiri tak puas hati dengan persembahan saya tapi tak apalah dah cuba yang terbaik," katanya kepada Astro Gempak.
Yan ditemui sejurus tamat konsert keempat Rockanova yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, semalam.
Bercerita mengenai pengalamannya sepanjang Rockanova, Yan atau nama sebenarnya Noor Aziyan Siddudin, 32, berkata, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk menimba ilmu dengan penyanyi, Datuk Hattan.
"Sebelum ini saya tak pernah masuk mana-mana pertandingan sebesar ini dan Rockanova adalah yang pertama.
"Banyak benda yang saya belajar dan saya rasa pengalaman bernilai ini tak dapat belajar dekat luar.
"Rasa berbesar hati dapat bertemu dan menuntut ilmu dengan Datuk Hattan, kadang-kadang fikir rasa macam tak percaya pun ya juga.
"Terima kasih kerana beri saya peluang untuk sertai Rockanova walaupun hanya sampai minggu keempat sahaja," ujarnya.
Yan telah menyampaikan lagu berjudul More Than Words nyanyian asal kumpulan Extreme.
Peserta berasal dari Perak ini telah menduduki tempat terakhir dengan undian sebanyak 20.92 peratus.
Selain Yan, seorang lagi peserta diumumkan tersingkir adalah Pijoe dengan peratusan sebanyak 23.2 peratus.
Rockanova diterajui oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad selaku pengacara dan menampilkan dua juri tetap, Datuk Awie dan Edry Abd Halim.
Manakala penyanyi Siti Sarah hadir sebagai juri jemputan.
Minggu keempat Rockanova menyaksikan para peserta bersaing dengan lagu bertemakan RockVaganza.
Rockanova bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB setiap Rabu.
Program tersebut boleh ditonton setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Manakala diari harian Rockanova, Rock On boleh disaksikan Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda klik link ini ----> (ROCKANOVA).
Teks Oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Unitar