,
Berita

Saya Dah Mula Bengang Dengan Dayah – Edry

Mya Amri
03/05/2017
11:57 MYT
Juri tetap Rockanova, Edry Abdul Halim akui sudah mula hilang sabar dengan persembahan Dayah yang semakin merosot.
Menurut Edry, keadaan itu berlaku kemungkinan kerana Dayah berasa terlalu selesa berada dalam program berkenaan.
“Saya pun dah mula bengang dengan Dayah sebab semakin lama persembahan dia tidak menunjukkan peningkatan.
“Tak tahu apa puncanya, mungkin dia rasa selesa sebab dah ‘pukau’ penonton sewaktu minggu pertama dan kedua.
“Hakikat sebenarnya dia tidak tahu peserta-peserta lain semakin mengejar dan berusaha untuk tunjukkan kebolehan mereka.
“Tak boleh begitu, kadang-kadang yang menyerlah pada minggu pertama pertandingan itulah paling susah nak kekalkan kedudukannya.
“Bila ini terjadi kepada Dayah, saya rasa sedikit kecewa kerana dia merupakan antara peserta kegemaran ramai,” katanya kepada Astro Gempak.
Minggu keenam bakal menyaksikan tujuh peserta Rockanova bersaing dengan tema Rock karya
Rockanova diterajui oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad selaku pengacara dan menampilkan dua juri tetap, Datuk Awie dan Edry Abd Halim.
Rockanova bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB setiap Rabu.
Program tersebut boleh ditonton setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Manakala diari harian Rockanova, Rock On boleh disaksikan Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda klik link ini ----> (ROCKANOVA).
Teks Oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Butang Baju Aku Mana Pah? – Peminat Komen Status Lucu Edry

gempak
22/06/2017
04:36 MYT
Berita

Bergelar Naib Juara Rockanova, Azmi Jamu Satu Kampung Dalam Majlis Kesyukuran

gempak
29/05/2017
08:14 MYT
Berita

Gugup Mengacara, Sherry Alhadad Pengsan Jatuh Tangga

gempak
19/05/2017
14:10 MYT
Berita

Mel Juara Rockanova, Bawa Pulang RM80,000

gempak
17/05/2017
16:14 MYT
Berita

Tak Mahu Over Confident, Takut Makan Diri – Zarith

gempak
17/05/2017
12:00 MYT