Berita
#ReinventingAishahJMM: "I Mohon Sedikit Privasi" - Aishah Jalani Pembedahan Bariatrik
Juara Gegar Vaganza 4 (GV4), Aishah telah selamat menjalani prosedur pintasan saluran pemakanan atau pembedahan Bariatrik.
Aishah menerusi akaun Instagramnya memberitahu dia memerlukan sedikit masa dan ruang privasi untuk berehat setelah selesai pembedahan itu kelmarin.
"Alhamdulillah saya sudah bangun dan berjalan-jalan. Buat sementara ini saya mohon sedikit privasi walaupun saya tahu ada yang mahu menziarah.
"Harap berikan saya masa untuk berehat dan memulihkan diri," tulisnya berserta tanda pagar (hashtag) #reinventingaishahjmm.
Aishah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta dua hari lalu untuk menjalani pembedahan tersebut.
Pembedahan Bariatrik melibatkan prosedur mengecilkan saiz perut dengan cara pintasan saluran gastrik atau menyambungkan semula saluran usus kecil ke bahagian utama perut (gastric bypass).
"Buat prosedur ini pun kerana sudah tak larat. Kaki sakit bawa berat badan. Semoga apabila berat badan sudah ideal senang beribadah," tambah Aishah.
Kemaskini terbaharu Aishah menunjukkan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu tersenyum dan dikelilingi jambangan bunga hadiah daripada peminat.
"Kalau sudah boleh selfie kiranya sudah okey-lah kan. Lepas ini nak berjalan-jalan. Lebih baik bergerak," tulisnya.
Kami mendoakan agar Aishah segera sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @aishahjmm
Must-Watch Video