,
Berita

Pesanan Bazli UNIC Kepada Anak Penghidap Kanser Buat Peminat Sebak

Kamaruddin Razal
21/05/2017
07:27 MYT
Anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan memberikan pesanan istimewa kepada anaknya, Muhammad Syahid, 4, yang sedang menjalani rawatan kanser limfoma sebelum berjuang di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV).
Bazli berkongsi ucapan itu menerusi akaun Instagram miliknya, @bazliunic.
“Demi cinta kerana cinta untuk cinta.. Kerana kau yang tercinta.. Ayah pergi berjuang dulu nak. Ayah akan buat yang terbaik untuk Syahid malam ni. Ayah nak buktikan ayah juga pejuang gagah macam Syahid.
“Sedih tak dapat bawa isteri bersama memberi semangat kerana komitmen menjaga Syahid di hospital. Walaupun @asiahabubakar90 tiada disisi, tapi Asiah sentiasa dalam hati Abang. Terima kasih kerana mudah berbincang, memahami tugas dan kerja abang. Moga ada sinar baru untuk kita akan datang.. Amin.. #syahid #bintangsyurga #cancer #lymphoma #ggv #ggvunic #gemagegarvaganza,” tulis Bazli.
Rata-rata peminat dan pengikut akaun Instagram Bazli sebak selepas membaca coretan tersebut.
Peminat juga turut mendoakan agar anak Bazli segera diberikan kesembuhan serta Bazli diberikan kekuatan untuk berjuang di konsert akhir GGV.
Konsert akhir Gema Gegar Vaganza akan bersiaran pada malam ini (Ahad, 21 Mei), jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

UNIC, Inteam Bekerjasama Dengan Peduli Insan Kumpul Bantuan Kepada Syria & Palestin Sepanjang Ramadan, Ini Cara Anda Boleh Bantu!

gempak
18/04/2023
11:20 MYT
Ayuh kita berkongsi rezeki.
Laman Utama

“Bergaduh Itu Biasa…”- Ketepikan Konflik, UNIC Bergabung Bersama Bekas Ahli Dalam Konsert REUNIC

gempak
16/09/2022
08:50 MYT
UNIC Lama & Baru Bergabung Dalam Konsert REUNIC
Laman Utama

Fitri Haris Disenarai Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia Oleh Ensiklopedia BritishPedia, Semak Balik Kehebatan Penyanyi Nasyid UNIC Ini!

gempak
27/08/2022
07:53 MYT
Tahniah Dr. Fitri Haris!
Laman Utama

“Risaukan Anak Berusia 6 Bulan”- Bekas Kumpulan UNIC, Wan Najdi & Isteri Positif Covid

gempak
08/02/2022
07:41 MYT
Wan Najdi & Isteri Positif Covid
Hiburan

"Kalau Ada Anak Mesti Ada Mak" - Bazli UNIC Terkejut Ular Sawa Nak Masuk Rumah

gempak
01/11/2020
13:40 MYT
Bukan jin harapnya..