,
Berita

Persembahan Duet Mel Dan Syamel Dijangka ‘Letupkan’ Rockanova

Mya Amri
10/05/2017
06:24 MYT
Minggu separuh akhir Rockanova bakal menyaksikan lima peserta berduet dengan penyanyi Azharina, Syamel, Ronnie Hussein, Azmi Saat dan Sufi.
Lima peserta yang dimaksudkan adalah Azmi, Zarith, Dian, Mel dan Dayah yang akan berentap malam ini untuk merebut tempat ke pentas akhir Rockanova. Untuk minggu ini, setiap peserta diberi dua tugasan iaitu persembahan solo dan duet.
Lagu yang akan dinyanyikan pada pusingan solo ialah Nur Nilam Sari (Mel), You Give Love A Bad Name (Zarith), Misteri Mimpi Syakila (Wings), Dari Kekasih Kepada Kekasih (Azmi) dan Sinar (Dayah).
Manakala untuk pusingan duet pula peserta akan menyampaikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur (Azmi ft Azmi Saat), Aku Yang Tersakiti (Dian ft Azharina), Senja Nan Merah (Mel ft Syamel), Ku Miliki Bayangmu (Zarith ft Sufi) dan Jeritan Batinku (Dayah ft Ronnie Hussein).
Sementara itu, menerusi laman twitter, ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton Rockanova dan meluahkan rasa berdebar untuk mengetahui siapa yang layak ke peringkat akhir.
Dengan menggunakan hashtag #Rockanova, ramai yang menjangkakan persembahan duet Mel dan Syamel bakal ‘letupkan’ Rockanova dengan gabungan hebat vokal mereka berdua.
Mel yang juga sebelum ini sering berada ditangga teratas merupakan antara peserta kegemaran penonton.
Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan kepada dua pasangan duet berkenaan:
@Jaja_Bae46: Retis la tu masuk televisyen dah.. Mestilah la support.. tiap-tiap minggu tengok Mel.. Selalu tak sabar tengok mel nyanyi. Sedap sangat.. tabarakallah.
@baini88: Mesti laa .. Saya ajak satu kampung tengok Rockanova. Mesti best punya kalau persembahan @SyamelAF2015.
@hasmawani: Best of luck… My vote always be with you.
@qiqi_xoxo: Wajib vote u. Hehehe, ok buat show kaw-kaw… Kasi pecah ok.. Diva Mel.
Rockanova diterajui oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad selaku pengacara dan menampilkan dua juri tetap, Datuk Awie dan Edry Abd Halim.
Rockanova bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB setiap Rabu.
Program tersebut boleh ditonton setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Manakala diari harian Rockanova, Rock On boleh disaksikan Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda klik link ini ----> (ROCKANOVA).
Teks Oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

gempak
24/08/2024
00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.
Hiburan

Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”

gempak
23/08/2024
00:55 MYT
Gara-gara penampilan terbarunya yang menyaksikan dia kelihatan amat ‘berbeza’ berbanding ketika awal kemunculan dalam industri, ramai warganet yang mengusik penyanyi, Syamel.
Hiburan

Isteri Didakwa Berbadan Dua? Ini Respons Syamel - “Kalau Ada Rezeki..”

gempak
21/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Syamel tampil menjawab dakwaan yang bertebaran di media sosial mengenai isterinya, Ernie Zakri kini sedang berbadan dua.
Hiburan

Hisyam Hamid Belum Sedia Ulas Status Cerai - "Siapa Yang Perasan Tu, Perasanlah"

gempak
10/05/2024
06:20 MYT
Pelakon Hisyam Hamid masih belum bersedia mengulas status bersama isterinya, Rosmawati Hanafi atau Mel selepas timbul dakwaan rumah tangga mereka sedang bergolak.
Hiburan

Takut Terjebak Isu Penyondol, Ini Cara Syamel Jaga Rumah Tangga Bersama Ernie Zakri!

gempak
14/03/2024
00:55 MYT
Syamel sentiasa berwaspada