berita
Pengorbanan Safawi Berbaloi, Daripada Pemain Sepak Takraw Ke Bola Sepak
Keputusan untuk mengubah haluan daripada pemain sepak takraw kepada bola sepak ternyata berbaloi bagi, Muhammad Safawi Rasid, 20, apabila disenaraikan sebagai pemain kebelasan utama buat skuad Harimau Malaya di sukan SEA 2017.
Pemain yang dilahirkan pada 5 Mac 1997 ini antara pemain yang digeruni oleh pihak lawan kerana kelincahanya mengemudi di bahagian serangan.
Pemain muda ini lebih awal mencipta nama sebagai pemain sepak takraw apabila mewakili negeri dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) sejak di peringkat sekolah rendah.
Namun ketika di Tingkatan tiga, dia turut terpilih mewakili skuad bola sepak Terengganu dalam kejohanan MSSM menyebabkan Safawi akhirnya melupakan takraw dan menumpukan perhatian kepada bola sepak.
Ternyata keputusan yang dilakukan oleh Safawi berbaloi apabila dia kini menjadi tonggak utama dalam pasukan Harimau Malaya dan menjadi penyerang untuk mengempur kubu pihak lawan di temasya sukan SEA kali ini dalam sukan bola sepak.
Pemain kelahiran Dungun yang kini bermain di JDT juga telah disenaraikan antara 20 pemain bintang Asia Tenggara pilihan FourFourTwo untuk masa akan datang bersama pemain dari Thailand, Indonesia, Australia dan negara-negara Asia yang lain.
Skuad Harimau Malaya akan bertemu dengan Myanmar pada aksi ketiga kumpulan A di Stadium Shah Alam, pada 21 Ogos ini.
Marilah kita sama-sama menyokong atlet-atlet yang bertanding pada temasya sukan SEA Kuala Lumpur kali ini.
Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video