,
Berita

"Masing-Masing Ada Peminat Sendiri, Menang Kalah Itu Rezeki" - Zizan Razak

Amri Hassan
11/04/2018
05:00 MYT
Pelakon, pengacara dan pelawak, Zizan Razak menjelaskan kemenangannya sebagai Artis Lawak MeleTOP Anugerah MeleTOP Era (AME2018) tidak menutup periuk nasi sesiapa.
Baca: "Tahun Lepas Adik Aku Berlakon Memang Kelakar, Kalau Pakai Juri Profesional Kau Menang”- Sharifah Shahirah
Malah, persaingan sihat itu membuktikan kekuatan peminat masing-masing untuk mengundi.
"Ini kerja dan rezeki saya, mungkin rahsianya saya ikhlas buat kerja, tak mahu berlawan dengan sesiapa.
"Saya buat kerja saya dan saya mahu mendidik industri ini supaya tidak meninggalkan pelawak lama apabila muncul pelawak baru.
"Saya mahu peminat berfikir dalam sudut lebih luas dan pelbagai, misalnya kalau saya minat Saiful Apek, saya sokong dia. Bukan membanding-bandingkan antara satu sama lain.
"Masing-masing ada peminat sendiri, janji sokong. Menang atau kalah itu rezeki masing-masing," kata Zizan.
Zizan memenangi trofi Artis Lawak MeleTOP mengalahkan Fikry Ibrahim, Jep Sepahtu, Kamal Adli dan Sharifah Sakinah.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
Hiburan

Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin

gempak
08/08/2024
21:55 MYT
Usia rumah tangga yang sudah melebihi 10 tahun bukan jaminan akan kekal. Begitulah yang terjadi kepada pelakon, hos dan pelawak terkenal Indonesia, Andrea Taulany dan isteri, Rien Wartia Trigina.
Hiburan

Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

gempak
07/08/2024
09:55 MYT
JoZan merupakan gabungan dua pelawak hebat iaitu Johan dan Zizan Razak yang bermula sebagai peserta rancangan realiti, Raja Lawak musim pertama.