,
Berita

"Karma Is Bic" - Lucunya! Selepas DSV Terpelecok Di GV2, Giliran Jihan Pula Di GV5

Amri Hassan
09/10/2018
10:10 MYT
Jika Datuk Seri Vida hampir terpelecok ketika musim kedua Gegar Vaganza (GV2), kini giliran Jihan Muse berdepan insiden sama pada konsert kedua GV5 baru-baru ini.
Sepotong video aksi melucukan Vida dan Jihan dijadikan kompilasi oleh seorang pengguna Instagram.
"Mak terpelot nak. Huhu karma is bic," tulis Jihan menerusi kapsyen video yang disunting pengguna bernama @itsaidiiryani itu.
Ketika GV2, Jihan terpaksa menahan gelak melihat keletah lucu pengasas kosmetik popular itu yang tampil ke tengah-tengah pentas untuk menyanyi.
Bagaimanapun, pada konsert kedua GV5 minggu lalu, Jihan sempat berpaut pada rakan pengacaranya, Nabil ketika terpelecok di tengah-tengah pentas.
Aksi Jihan itu diulang berkali-kali dan diakhiri dengan sepotong aksi Vida sedang ketawa besar.
Sehingga kini, video yang dikongsikan Jihan di Instagramnya semalam telah ditonton lebih 500,000 kali.
Netizen yang terhibur dengan suntingan video itu sanggup mengulang tonton berkali-kali untuk melihat telatah Jihan dan Vida.
Jadi, apa kata anda lihat sendiri aksi Jihan dan Vida yang terpeleot di tengah-tengah pentas GV sepanjang lima musim bersiaran.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.