,
Berita

GGV: Mirwana Ambil Positif Kritikan Netizen

Kamaruddin Razal
20/04/2017
06:30 MYT
Kumpulan nasyid Mirwana mengambil positif setiap kritikan netizen.
Bertarung dalam program Gema Gegar Vaganza (GGV) bersama 9 bintang lain, Mirwana yang dianggotai oleh Akmal, Hafiz, Ikram, Naim, Along dan Faiz ini akan terus memberikan yang terbaik.
"Kami akui, kami juga ada membaca kritikan netizen mengenai program ini. Apa yang penting, kami menerima semuanya dan mengambil positif perkara tersebut.
"Setiap kritikan tidak akan melemahkan dan kami akan tetap berusaha memberikan persembahan yang memukau," kata Akmal mewakili Mirwana.
Mendapat beberapa komen negatif menerusi cara pemakaian mereka di pentas GGV, Mirwana tidak terkesan dengan kritikan tersebut.
"Ada segelintir pihak yang mengkritik busana kami dan mengatakan pakaian yang kami gayakan tidak menampakkan imej nasyid. Peminat Mirwana pasti tahu, semenjak kemunculan awal kami di arena seni, kami memang berpakaian begini.
"Selagi pakaian yang kami sarungkan sopan dan tidak melanggar hukum Islam, kami rasakan tak salah untuk kami berfesyen. Apa yang penting, kami akan terus berjuang memberikan yang terbaik," kata Akmal lagi.
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lovenya! Faizal Tahir, Mirwana Reunion Setelah 16 Tahun, Pilih berkolaborasi Di Lagu Ini

gempak
09/04/2021
03:20 MYT
okay mana peminat Mirwana?
Berita

GGV: Hijjaz Tertekan Nyanyi Lagu Rap

gempak
23/05/2017
12:45 MYT
Berita

Selepas Bergelar Juara GGV, Bazli UNIC Terus Ke Hospital Cium Anak

gempak
22/05/2017
02:43 MYT
Berita

Gema Gegar Vaganza: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Akhir

gempak
22/05/2017
02:43 MYT
Berita

UNIC Juara Gema Gegar Vaganza, Bawa Pulang RM100,000

gempak
21/05/2017
16:15 MYT