,
Berita

GGV: Lebih Ramai Ahli, Lebih Senang Buat Silap - Mirwana

Kamaruddin Razal
18/04/2017
11:41 MYT
Kumpulan nasyid Mirwana menyifatkan bilangan ahli kumpulan yang ramai bukanlah satu kelebihan dalam program Gema Gegar Vaganza (GGV).
Dianggotai oleh Akmal, Hafiz, Ikram, Naim, Along dan Faiz, Mirwana ingin menampilkan sesuatu yang berbeza di setiap persembahan.
"Semua bintang GGV mempunyai kekuatan tersendiri serta kelompok peminat masing-masing. Tak mudah untuk kami bersaing.
"Kami cuba untuk menampilkan sesuatu yang berlainan setiap minggu. Dianggotai oleh enam orang penyanyi, kami juga harus memilih siapa yang harus menjadi vokal utama untuk setiap lagu yang dipersembahkan.
"Lebih ramai ahli kumpulan, lebih senang untuk kami buat silap. Jadi, hanya seorang atau dua orang vokalis yang sesuai dipilih untuk sesebuah lagu," kata Akmal kepada Astro Gempak.
Menyampaikan lagu Satu nyanyian asal kumpulan Dewa 19 di konsert kedua GGV, Mirwana dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Terindah kategori transformasi terserlah atas persembahan mereka yang memukau.
"Alhamdulillah, kami sendiri tidak menyangka yang kami akan terpilih untuk menerima anugerah tersebut.
"Kami sangat bersyukur dan menjadikan anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk kami berusaha dengan baik lagi di minggu-minggu akan datang," kata Akmal lagi.
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lovenya! Faizal Tahir, Mirwana Reunion Setelah 16 Tahun, Pilih berkolaborasi Di Lagu Ini

gempak
09/04/2021
03:20 MYT
okay mana peminat Mirwana?
Berita

GGV: Hijjaz Tertekan Nyanyi Lagu Rap

gempak
23/05/2017
12:45 MYT
Berita

Selepas Bergelar Juara GGV, Bazli UNIC Terus Ke Hospital Cium Anak

gempak
22/05/2017
02:43 MYT
Berita

Gema Gegar Vaganza: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Akhir

gempak
22/05/2017
02:43 MYT
Berita

UNIC Juara Gema Gegar Vaganza, Bawa Pulang RM100,000

gempak
21/05/2017
16:15 MYT