,
Berita

Gema Gegar Vaganza 2: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Akhir

Kamaruddin Razal
12/05/2018
19:19 MYT
Konsert akhir Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi.
Bertemakan Gema Akhir, enam bintang GGV2 menyampaikan sebuah lagu solo dan bertarung dalam pusingan battle untuk merebut gelaran juara.
Fitri Haris yang menyampaikan lagu Zinnirah serta lagu Al Nuraa... Yang 5... Yang 6... ketika pusingan battle dinobatkan sebagai pemenang dan berjaya menewaskan lima peserta lain.
Semua peserta GGV2 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk M. Nasir sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan juara.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Solo
Fitri Haris - Zinnirah (89.27%) "Nyanyi bagus dan ada simbolik persembahan tersendiri" - Datuk M. Nasir.
Adeep Nahar - Sedetik Lebih (89%) "Adeep telah mencampakkan kecintaan yang mendalam kami terhadap Rasulullah menerusi persembahan anda. Tahniah!" - Farihin Abdul Fattah.
Awi Rafael - Sandaran Hati (79.6%) "Saya tak akan faham apa yang awak buat, dari segi persembahan, saya terhibur," - Datuk M. Nasir.
In Team - Rabiatul Adawiyah (77.47%) "Indah sekali. Very simple tapi membawa saya berada di suatu tempat dan suatu masa" - Oki Setiana Dewi.
Heliza & Hazwani - Wassini (76.2%) "Jika minggu sebelum ini, saya lihat persembahan anda berdua menampilkan ciri wanita yang penuh kelembutan, tetapi minggu ini anda menonjolkan sifat wanita yang tegas. Saya suka persembahan ini," - Oki Setiana Dewi.
Brothers - Mimpi Laila (76.13%) "Persembahan yang simple tetapi ketat. Brothers menyampaikan sesuatu yang santai tetapi sampai. Tahniah!" - Farihin Abdul Fattah.
Battle
In Team vs Brothers Al Haq Yang Satu
Awi Rafael vs Heliza & Hazwani Helmi Pejamkan Mata
Adeep Nahar vs Fitri Haris Al Nuraa.. Yang 5... Yang 6...
GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Salam Muslim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

gempak
13/05/2024
08:55 MYT
Program The Hardest Singing Show telah memulakan siaran sulungnya malam tadi secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Drama

Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?

gempak
07/05/2024
04:55 MYT
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Drama

Penuh Dengan Konflik & Emosi, Ini Recap Minggu Raya Drama Takdir Itu Milik Aku

gempak
16/04/2024
09:55 MYT
Penuh dengan emosi dan konflik, drama Takdir Itu Milik Aku sekali lagi membuatkan penonton tidak senang duduk melihat nasib Dian yang terpaksa menempuhi pelbagai pancaroba semenjak mendirikan rumah tangga dengan Zarif.  Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap minggu raya drama Takdir Itu Milik Aku:  Dian Kehilangan Anak Kehil
Terkini

Recap i.D Episod 7: Aidi Zabran/Tengku Remy Diburu Polis!

gempak
12/04/2024
07:00 MYT
Hanya tinggal satu episod sahaja lagi sebelum siri drama premium terbitan Astro Shaw, i.D Swipe, Steal, Love ini bakal melabuhkan tirainya.
Hiburan

Khunsa: Sherry Ketuk Kepala Azhan Rani Pakai Senduk Kayu, Suami Jadi Bodoh Kena Sihir!

gempak
25/03/2024
04:25 MYT
Babak Sherry Alhadad ketuk kepala Azhan Rani dan tonyoh nasi dalam mulut pelakon lelaki itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.