Berita
“Ayam Serama Lah, Bukan Belanda” – Respon Mya Ruslee Bila Penampilan Dikritik
Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Mya Ruslee akui tidak kisah apabila penampilannya dikritik dan disamakan dengan ayam belanda.
Kata Mya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, dia menganggap komen negatif itu sebagai perkara biasa yang dihadapi oleh anak seni.
“Tak kisah, ayam belanda atau ayam belatuk yang penting mereka pandang dan ingat saya. Rasanya kalau saya pakai baju tidur pun tetap orang akan kritik.
“Bagi saya perkara itu normal. Kadang-kadang saya suka juga komen-komen begini, itu tandanya mereka beri perhatian pada saya.
“Netizen ini kadang-kadang kreatif juga pemikiran mereka, saya okay saja. Rasanya ayam serama lah lebih tepat berbanding ayam belanda,” katanya sambil berseloroh.
Mya telah menyampaikan lagu berjudul Sekadar Di Pinggiran nyanyian asal Francissca Peter dan berada di kedudukan kedua tertinggi dengan jumlah peratusan sebanyak 70.8%.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di Astro Ria ( saluran 104) dan Ria HD (saluran 123), setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Must-Watch Video