gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kongsi Foto & Ucapan Tahniah, Netizen Baru Tahu Hubungan Didie Alias Dengan Sir Uzairi - “What A Plot Twist”
GAYA HIDUP
Kalau Tak Nak Kena Saman Sampai RM2,000 Jangan Buat 9 Kesalahan Ini Di Jalan Raya
HIBURAN
Farid Kamil Dah ‘Move On’, Setahun Tiada Komunikasi Dengan Diana Danielle - “Saya Tak Tahu Nak Komen Apa Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Kereta Dipandu Wanita 'Ditelan' Lubang Benam

Gempak
Gempak
28/07/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Kereta Dipandu Wanita 'Ditelan' Lubang Benam
Pengguna jalan raya di Singapura pada Sabtu dikejutkan dengan kejadian tanah jerlus yang mengakibatkan terbentuknya sebuah lubang besar.
Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang di Tanjong Katong Road itu menyebabkan sebuah kenderaan terjerumus ke dalam lubang yang dipenuhi air.
Pihak Lembaga Perbekalan Awam (PUB) republik itu berkata, lubang benam itu terjadi bertentangan dengan sebuah tapak projek pembinaan, di persimpangan Tanjong Katong Road South dan Mountbatten Road.
“Sebuah kenderaan terperangkap di dalam lubang benam tersebut. Pasukan Pertahanan Awam telah menyelamatkan seorang pemandu wanita dan mangsa telah digegaskan ke Hospital Raffles.
"Trafik di kedua-dua arah jalan raya itu terjejas dan ditutup. Pengguna jalan raya dinasihat supaya mengelakkan kawasan berkenaan dan menggunakan laluan alternatif. Dua paip air utama turut terjejas dalam kejadian itu,” menurut satu kenyataan daripada PUB.
Beberapa gambar dan petikan video turut membanjiri laman media sosial republik itu, yang antara lain menunjukkan sebuah kenderaan yang hampir keseluruhannya tenggelam di dalam air, serta struktur jalan raya yang runtuh.
Visual juga menunjukkan kawasan berkenaan ditutup dengan kon penghadang, sementara aliran trafik yang sesak di arah jalan yang bertentangan.
Ahli Parlimen Marine Parade-Braddell Heights Goh Pei Ming, menerusi akaun Facebook rasminya memberitahu, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) dan PUB sedang menjalankan siasatan.
Kejadian tanah jerlus atau lubang benam pernah menggemparkan beberapa kota besar di Asia, antaranya di Filipina dan Thailand pada tahun 2016; di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Ogos 2024; dan di Seoul, Korea Selatan pada Mac 2025.
Antara punca kejadian seumpamanya adalah faktor-faktor seperti keadaan geologi, infrastruktur bawah tanah, hujan lebat dan hakisan, serta aktiviti pembangunan.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kereta
#Lubang Benam
#Ditelan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement