HIBURAN
Zubir Khan Rangkul Anugerah Ikon Perpaduan - “Bukan Sekadar Pengiktirafan, Tapi Amanah Besar”
Penyanyi Zubir Khan sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Perpaduan di Majlis Apresiasi Harmoni Kementerian Perpaduan Negara yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa The Lodge, Cyberjaya, Selangor pada Isnin.
Menurut Zubir, atau nama sebenarnya Muhammad Zubir Mohamad Ali, meluahkan rasa syukur atas penghormatan tersebut dan mengakui pengiktirafan berprestij itu tidak pernah terlintas dalam fikirannya.
Ketika mengetahui namanya terpilih sebagai penerima anugerah tersebut, dia mengakui dirinya sedikit terkejut selepas namanya dipanggil.
"Anugerah Ikon Perpaduan salah satu perkara yang saya tidak pernah jangka saya akan dapat dan saya rasa anugerah itu pun saya dapat kerana lagu Yennado Macha.
"Kerana lagu tersebut digunakan pada Hari Kebangsaan tahun lalu, dan ramai yang mendengarnya tanpa mengira bangsa. Jadi, secara tidak langsung, lagu itu mampu menyatukan rakyat Malaysia," katanya kepada Gempak.
Zubir berkata demikian ketika menghadiri majlis sidang media pelancaran EP: Janji Raya Iman Troye yang berlangsung di TGV Cinemas, Suria KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Katanya lagi, mungkin disebabkan penyanyi itu boleh berbahasa Tamil membuatkan dirinya layak untuk menerima anugerah tersebut.
"Saya pula seorang budak Melayu yang fasih berbahasa Tamil dan biasa bergaul dengan pelbagai kaum. Mungkin sebab itu mereka rasa saya layak menerima Anugerah Ikon Perpaduan," ujarnya sambil tersenyum.
Walaupun bersyukur dengan pengiktirafan ini, Zubir mengakui tanggungjawab yang mengiringi gelaran tersebut bukan sesuatu yang mudah.
Namun, dia bertekad untuk terus membawa mesej perpaduan melalui karya seninya.
"Bukan senang sebenarnya, sebab menerima anugerah ini bukan seperti mendapatkan sijil selepas tamat belajar, tetapi ia satu pengiktirafan yang dipilih.
“Jadi, apabila menerimanya, saya sedar ada tanggungjawab besar yang perlu digalas. Saya fikir selepas ini, saya harus lebih mendekati masyarakat pelbagai kaum. Namun, bagi saya, itu bukan satu masalah," jelasnya.
BERITA BERKAITAN: Konsert Mini House Party Raikan Kolaborasi XO House, High Cultured! - "Kami Punyai Jalur Misi Yang Sama"
BERITA BERKAITAN: Kongsi Gambar Suntingan Tangan Sempurna, Zubir Khan Tak Melatah Dikecam Tak Bersyukur - "Saya Mimpi, Memang Rindu Ada Kedua-Dua Belah Tangan"
BERITA BERKAITAN: Zubir Khan Belum Terfikir Menyanyi Lagu Melayu -"Bukan Tak Minat Tapi..."
BERITA BERKAITAN: Video Ezra Kairo Bergurau Dengan Zubir Khan Buat Netizen Terhibur - “Aku Nak Gelak Takut Berdosa Tapi Depa Yang Mulakan Dulu”
Must-Watch Video