,
Hiburan

Zubir Khan Mengaku Pernah Wujud Rasa ‘Insecure’, Ambil Masa Lama Dapat Keyakinan Diri - “Saya Sorok Tangan Saya Sebab…”

Khairil Khusyairi
14/08/2024
07:55 MYT
Penyanyi Zubir Khan mengakui pernah wujud rasa kurang yakin atau insecure dengan diri sendiri dek kerana mempunyai kecacatan pada bahagian tangan kanannya.

Sorok Tangan Sebab Tak Yakin

Bercakap kepada Gempak, Zubir atau nama sebenarnya, Muhammad Zubir Moahamd Ali, 24 berkata, dia pernah menyorokkan tanggannya itu dengan memakai alat bantuan pada tangan.

“Dulu saya rasa insecure sebab kalau perasan dulu saya pakai bag, saya sorok tangan saya sebab pergi mana-mana orang tegur ‘eh tangan kau kenapa?’

“Ada satu tahap saya tak peduli kerana Allah dah jadikan saya begini kenapa perlu burukkan kejadianNya.
“Saya percaya diri saya dan lawan perkara itu, untuk yakin itu lama juga. Ibu saya banyak kali tegur untuk biasakan diri tanpa bag itu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tak Anggap Diri Kekurangan

Namun, Zubir berkata, kini dia berasa yakin dengan dirinya dan menganggap dirinya tidak pernah mempunyai kekurangan.

“Sekarang saya dah tak insecure, saya yakin dengan diri saya. Saya beranikan diri saya untuk lawan sebab tiada apa-apa pun.

“Saya rasa saya perfect saja, saya boleh bawa motosikal dan kereta, tiada kekurangan,” jelasnya.

Terkilan Dengan Tanggapan Netizen

Dalam pada itu, pelantun lagu hits Oh My Khadale itu berasa terkilan apabila masih ada sesetengah pihak yang mendakwa dia menipu mengenai kecacatannya itu hanya kerana paparan di kamera.
“Orang masih tanya fasal tangan, contohnya bila guna kamera di TikTok, tangan kanan akan berada di kiri dan kamera belakang akan terbalik.

“Jadi bila saya buat TikTok, orang akan tanya ‘kenapa sekejap tangan kanan, sekejap kiri tak ada’. Perkara itu tak kelakar.

“Kenapa mereka tak faham lagi, bukan semua tetapi sesetangah saja,” ujanrya lagi.
Untuk info, nama Zubir kini menjadi sebutan ramai apabila lagu tamil, Oh My Khadale nyanyiannya bersama penyanyi Ezra Kairo tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan Janji Jumpa Keluarga Zulfarhan Dalam Masa Terdekat - "Sebenarnya Saya Takut Saya Terlalu Sedih Nanti..."

ARTIKEL BERKAITAN: Ketidakupayaan Bukan Satu Halangan: Ini 5 Individu Yang Berjaya Walau Punyai Kekurangan

ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan Kerap Terima Soalan Fasal Tangan, Anggap Netizen ‘Tak Perasan’ - “Takkan Nak Sampai Bahu Orang Baru Nak Tahu…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ezra Kairo Gembira Lagu Campuran Bahasa Tamil dan Melayu, Oh My Kadhale Terima Sambutan Hangat

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.