HIBURAN
Aazief Khalid Sah Bergelar Suami, Izza Athirah Terima Satu Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin
Anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Izza Athirah, dalam majlis penuh tertutup pada Sabtu.
Dengan hanya sekali lafaz, Aazief yang segak mengenakan baju Melayu putih sah bergelar suami kepada Izza.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, manakala Izza menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.
Momen bahagia itu turut dikongsikan oleh Siti Nurhaliza menerusi Instagram Story miliknya yang meluahkan rasa syukur dengan ucapan ringkas; “Alhamdulillah.”
Majlis itu turut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak yang hadir meraikan penyatuan cinta pasangan tersebut.
Sekadar imbasan, sekitar April lalu Aazief mengumumkan pertunangannya dengan Izza menerusi hantaran di media sosial sebelum akhirnya menyempurnakan ikatan perkahwinan ini.
Must-Watch Video