,
Laman Utama

Zoo Negara Dibuka Hari Ini, Diskaun Tiket 20 Peratus!

Syafiqah Jalal
05/03/2021
08:19 MYT
Zoo Negara kembali dibuka kepada pengunjung bermula hari ini, dengan menawarkan 20 peratus diskaun bagi harga tiket dewasa dan kanak-kanak sebagai usaha menarik pengunjung ke situ.
Timbalan Presidennya, Rosly Ahmad Lana berkata, pembukaan Zoo Negara telah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Lembah Klang.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) ketat tetap dilaksanakan dengan hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.
“Kami bersyukur dan berterima kasih walaupun dalam tempoh PKPB (sebelum ini), kunjungan begitu menggalakkan. Kami sebenarnya bimbang kerana sekiranya Zoo Negara masih belum dibuka, pihak kami akan mengalami masalah,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.
Rosly berkata, sepanjang PKP pihaknya telah menerima sumbangan lebih RM11 juta daripada badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan sukarelawan serta individu, sejak Januari 2020 hingga Januari 2021.
Menurut beliau, sumbangan bagi membeli bekalan makanan haiwan, perubatan serta menguruskan haiwan secara berterusan itu dijangka mampu bertahan hingga April ini.
Sementara itu, Rosly turut melepaskan 500 kilogram (kg) ikan rohu dan 400 kg ikan keli Afrika di Tasik Tunku Abdul Rahman yang dibuka kepada pemancing sejak 20 Februari lepas pada 9 pagi hingga 3.30 petang.
Katanya, pematuhan SOP ketat turut dikenakan dengan mengehadkan 70 hingga 90 orang sehari manakala ikan yang ditangkap melebihi 10 kg akan diserah kembali kepada pihak zoo.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

"Mewarna Anak Ayam Tidak Dikategori Sebagai Penganiayaan Haiwan" - DVS

gempak
13/09/2024
15:25 MYT
Tindakan mewarnakan anak ayam tidak termasuk dalam perbuatan yang dikategorikan sebagai penganiayaan terhadap haiwan selagi warna serta kaedah pewarnaan tidak membahayakan, memudaratkan, menyakitkan dan menyebabkan penderitaan kepada haiwan berkenaan.
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Viral

Gara-Gara Mahu Naikkan 'Viewers', Youtuber Ditahan Selepas Muat Naik Video Masak & Makan Kari Burung Merak

gempak
14/08/2024
04:55 MYT
Seorang pempengaruh media sosial India ditahan selepas videonya memasak dan makan burung kebangsaan yang dilindungi negara itu, burung merak mencetuskan kemarahan awam.
Sukan

"Kita Hidup Untuk Sukan, Untuk Negara... Keluarga Pun Nombor Dua" - Azizulhasni Awang

gempak
13/08/2024
21:55 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menyifatkan hidup matinya sebagai seorang atlet demi negara.
Viral

Ahli Zoologi Terkenal Rogol, Dera & Bunuh 60 Anjing: “Saya Tidak Mahu Berhenti Lakukannya”

gempak
20/07/2024
14:55 MYT
Seorang ahli zoologi terkenal dari British, Adam Britton mengejutkan peminat selepas mengaku terlibat dengan lebih 60 kes kezaliman terhadap binatang terutama anjing.