,
Laman Utama

Zoey Rahman Nafi Bedah Muka; “Sekarang Dah 37 Tahun, Memang Ada Perubahan”

Shahrin Zulkifle
06/09/2022
00:00 MYT
Pelakon kacak Zoey Rahman menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dia melakukan pembedahan plastik diwajahnya.
Jelas pemilik nama asal Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, berkemungkinan disebabkan faktor usia yang semakin meningkat menjadikan wajahnya kelihatan berbeza daripada sebelum ini.
“Sebenarnya dakwaan sebegini saya sudah beberapa kali terima, dahulu saya pernah juga didakwa buat muka.
“Tetapi sebagai seorang artis saya anggap komen netizen sekadar gurauan sahaja di media sosial.
“Mungkin mereka sudah lama tidak lihat saya di kaca TV, mereka masih membayangkan wajah saya ketika saya buat rancangan gerak geri gasing sampai mereka rasa muka saya lain.
“Umur saya waktu itu 20 lebih, sekarang dah 37 tahun, memang akan ada perubahan,” ujar Zoey ketika dihubungi Gempak baru-baru ini.
Tambah anak kelahiran Terengganu itu lagi, sebagai seorang yang bergelar selebriti, penjagaan wajah amat penting dititikberatkan.
Malah bagi Zoey sendiri, dia turut mendapatkan beberapa jenis rawatan penjagaan kulit.
“Kehidupan sebagai selebriti, wajah adalah ‘market’, jadi kami (artis) mestilah menjaga penampilan wajah.
“Sekarang pun banyak klinik berdaftar yang menawarkan rawatan muka, tak semestinya perlu menjalani pembedahan wajah.
“Macam saya sendiri pun melakukan rawatan muka seperti PRP (Platelet Rich Plasma), Laser dan beberapa lain lagi untuk pastikan kulit saya sihat serta bersih,” tambahnya.
Terdahulu, nama Zoey menjadi bualan netizen selepas dia memuat naik satu video tutorial merata rias wajah di TikTok miliknya sehingga mengundang cakap nakal netizen yang mengatakan dia melakukan pembedahan wajah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zoey Rahman Terkejut Mass Factor Tangkap Cintan, Anggap Sebagai Bestie Saja - "Seminggu Kenal, Belum Jumpa, Ajak Couple"

gempak
19/03/2024
07:55 MYT
Baru seminggu kenal terus jatuh hati.
Laman Utama

“Hijrah Itu Senang, Istiqamah Itu Susah…” - Zoey Rahman Mohon Doa Terbaik Untuk Mawar Rashid

gempak
10/10/2023
03:45 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

Netizen Dakwa Zoey Rahman Dah Tak Handsome Macam Dulu, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…

gempak
27/09/2023
09:50 MYT
Ye ke Zoey dah tak handsome macam dulu?
Laman Utama

Buat Pembedahan Plastik, Ini Komen Zoey Rahman! - "Saya Dah Lama Dalam ..."

gempak
20/05/2023
02:40 MYT
Ada dakwa Zoey buat pembedahan plastik?
Laman Utama

[FOTO] Semangatnya Awal Ashaari, Zoey Rahman Turun Padang Agih Bakul Makanan, Pek Iftar Di Kampung Baru

gempak
12/04/2023
09:33 MYT
Berbakti pada bulan mulia.