,
Laman Utama

Zizi Kirana Keguguran, Tak Sangka Diri Sedang Hamil - "Dua Kali Masuk Bilik Bedah Akibat ..."

Amri Hassan
24/10/2023
01:01 MYT
Penyanyi rap Zizi Kirana mendedahkan dirinya mengalami keguguran cahaya mata sulung ketika di awal kehamilan sekitar akhir tahun 2021.
BACA: Sakit Perut, Zizi Kirana Masuk Hospital
Jelas Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 38, dia tidak menyangka dirinya sedang berbadan dua sehinggalah jatuh sakit.
"Saya terkejut sebenarnya sebab tak tahu ketika itu sedang hamil, ketika itu pula tengah kerja tak berhenti.
"Pada mulanya, badan rasa sakit-sakit, lenguh-lenguh... Kemudian ada teringin epal fuji merah. Bila Yusuf beli epal lain tak nak. Tapi layankan saja.
"Ada masa rasa tak nak makan hidangan berkuah, sampaikan tak nak tengok! Bila rasa begitu, saya jadi pelik. Bila cuba ujian kehamilan, ada dua garis. Terkejutlah kami.
"Kemudian apabila dah buat appoinment doktor, hari esoknya terus ada darah keluar dan sakit perut sampai menggigil. Bila ke hospital, doktor check ada pendarahan dan janin tak boleh diselamatkan sebab kandungan luar rahim," kongsinya kepada Gempak.
Zizi ditemui pada pertunjukan fesyen Shanell Harun A Decade Wows & Veils di EQ Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu dia dikejarkan ke unit kecemasan sebanyak dua kali akibat pendarahan terlalu banyak.
"Dua kali saya masuk bilik pembedahan dan kena bius sebab terlalu banyak pendarahan. Saya memang tak sedar.
"Yang saya ingat sebelum masuk bilik bedah Yusuf cakap; 'Sayang kena hidup tau... saya tunggu kat luar'.
"Dia pun banyak tenangkan saya dan beri saya semangat. Katanya Allah yang beri rezeki dan kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa bersyukur," ujar Zizi lagi.
Bagaimanapun, Zizi memberitahu keadaan kesihatannya dan suami, pelakon Yusuf Bahrin dalam keadaan baik dan dia dinasihatkan agar kerap berehat sekiranya hamil dalam masa terdekat.
"Sejak kejadian itu, saya mengurangkan kerja agar tidak terlalu rapat. Biar ada rehat. Doktor pun nasihati saya rehat betul-betul kalau hamil lagi.
"Alhamdulillah, kami berdua tiada masalah pun cuma tiada rezeki," tambah Zizi.
Zizi dan Yusuf telah mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY).
BACA: "I Lost My Baby ..." - Shima Anuar Selamat Dibedah Kerana Hamil Luar Rahim, Masih...
BACA: Pengalaman Puteri Sarah Pernah Alami ‘Ectopic Pregnancy’ - “Masa Itu Ingat Gelap La Masa...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar