KILAUAN EMAS 2025
Kilauan Emas 2025: Duduki Tangga Pertama, Ning Terpukau Dengan Suara Mazleen - “Sedap Sangat Dengar, Awak Tenang”
Kilauan Emas 2025 membuka tirai dengan persembahan hebat 12 peserta.
Mazleen duduki tempat pertama
Minggu pertama menyaksikan Mazleen yang membawakan lagu Akulah Kekasihmu nyanyian asal Francissa Peter menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 77.50 peratus.Menurut juri tetap Kilauan Emas 2025 iaitu Ning, Mazleen bijak mengawal penafasan selain berjaya memahami dan mendalami lagu itu dengan baik.
“Padahal awak tengah menyanyi tau dan perasaan awak mendalami lagu ini. Bukan senang nak bawa lagu Francissa,” ujarnya ketika memberi komen.“Saya boleh dikatakan terpesona dengan persembahan awak sebab awak bawa lagu ini dengan baik. “Kawalan pernafasan yang pernafasan baik, sedap sangat dengar, bagus, saya suka awak nampak sangat tenang.
Sementara itu, di tangga kedua pula menjadi milik Zekrai dengan markah 75.49 peratus manakala Anugerah Emas Berkilau Of The Week pula dimenangi oleh Kinar untuk konsert minggu pertama.
Bagaimanapun minggu pertama Kilauan Emas 2025 menyaksikan tiada sebarang penyingkiran yang dilakukan dan kesemua 12 peserta kekal bertanding untuk minggu seterusnya
Berikut merupakan markah penuh di konsert minggu pertama:
1. Mazleen - 77.50%
2. Zekrai - 75.49%
3. Nawary - 75.25%
4. Zanie - 72.96%
5. Ben - 68.68%
6. Kinar - 68.54%
7. Vijay - 67.71%
8. Shah - 67.05%
9. Leeza - 66.41%
10. Nurul - 57.58%
11. Majid - 57.07%
12. Ezan - 47.46%
Kilauan Emas 2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).
Kilauan Emas 2025 menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.
Barisan juri pula mengekalkan primadona Malaysia, Erra Fazira sebagai juri tetap, digandingkan bersama pelawak Roy Azman dan juri terbaharu bersuara emas, Ning Baizura.
Musim kali ini turut memperkenalkan Zarul Husin sebagai hos Spotlight yang akan membawakan info-info menarik selepas konsert berlangsung dan bersiaran pada jam 11.30 malam di Astro Prima.
Manakala Keanu Azman dan Sarah Karmila pula diberi tanggungjawab sebagai hos Live+.
Kilauan Emas 2025 turut boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Must-Watch Video