,
Laman Utama

Zarina Anjoulie, Suami Cerai Kali Kedua

Maliah Surip
03/05/2021
02:31 MYT
Pelakon Zarina Anjoulie mengesahkan dirinya sudah kembali memegang status janda selepas bercerai kali kedua dengan suaminya, Eilyas Azhar.
Berita tersebut disampaikan Zarina menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya sekitar dua jam lalu.
"Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai... Yes betul kami dah cerai. Tq," tulis Zarina ringkas.
Terdahulu, Zarina dan pasangannya yang lebih dikenali dengan panggilan Yas bercerai sekitar Februari lalu selepas menikah pada Julai 2020.
Zarina bagaimanapun menutup ruangan komen dan tidak menuliskan sebarang kapsyen terhadap kenyataan yang diberikannya.
Bagaimanapun dalam ruangan Insta Story, Zarina mengaku Yas meminta cerai selepas dia memberikan RM500 kepada lelaki tersebut, semalam. Dia juga meminta barangan yang diberikan kepada Yas termasuk memulangkan semula telefon bimbit miliknya.
"Jadi salah tak aku minta phone aku balik dan beg Gucci aku?", tulis Zarina.
Wanita berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku sudah kembali rujuk dan memberi amaran kepada kaum perempuan yang sering menganggu suaminya agar berhenti berbuat demikian.
"Wahai perempuan-perempuan yang dok DM Yas aku rasa sekarang korang (kamu) dah boleh la stop DM laki (suami) aku ye..tak marah pesan je...aku dan Yas dah rujuk. Ok bye...
"FM jangan kau sedih lak aku dah rujuk semula," katanya pada Februari lalu.
Kenyataan tersebut dipadam dari akaun Instagramnya beberapa minit kemudian.
Untuk rekod, urusan perceraian pasangan ini berjalan di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
Sebelum itu, Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.
Instagram: @anjoulielavocah1
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

gempak
14/09/2024
10:34 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.