,
Sukan

Zaquan Adha Bukan Menangis Sebab Tak Sambung Kontrak, Tapi Rupa-Rupanya Kerana ...

Amri Hassan
20/03/2024
00:51 MYT
Bekas kapten Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abdul Razak mengumumkan persaraannya selepas kontraknya tidak disambung.
Menerusi video yang tular di media sosial, suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu dilihat menangis dan berkata ia bukanlah pengakhiran yang diidamkan. Sekali gus membuatkan ramai penyokongnya sebak.

BERITA TRENDING: “Jika Kamu Rasa Ujianmu Sebesar Kapal, Ketahuilah…” - Ayu Raudhah Beri Semangat Kepada Zaquan Adha

Bagaimanapun, Zaquan menjelaskan tangisannya itu bukan kerana ditamatkan kontrak tetapi perkataan 'bersara'.
"Mungkin ada orang tak faham saya menangis bukan sebab tak boleh terima (kontrak tak disambung) tapi sebab perkataan keluar daripada mulut saya iaitu 'bersara', perkataan paling sedih buat semua pemain bola sepak sebab sukan ini adalah jiwa saya.
"Saya menangis bukan kerana kontrak tak disambung, saya percaya pada rezeki Allah. Saya duduk kat rumah pun ada rezeki juga. Saya menangis tu kerana sayangkan dunia bola sepak saya.
"Saya doakan yang terbaik untuk pasukan bola sepak Negeri Sembilan, apa yang saya boleh bantu daripada pengalaman insya-Allah saya boleh bantu dari belakang," ujarnya kepada Gempak.
Zaquan ditemui pada majlis Grand Iftar bersama asnaf anjuran GNI Pharma Sdn. Bhd. di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Isnin.

BERITA TRENDING: Lama Simpan Rambut Panjang, Akhirnya Zaquan Adha Potong Pendek! - “Terus Auto Hensem, Merecik Heloknya!”

Tambah Zaquan, dia akan mempertimbangkan beberapa tawaran lain termasuk pilihan untuk berkecimpung dalam kejurulatihan bola sepak.
"Perkataan bersara dah keluar daripada mulut saya, maksudnya saya akan bersara daripada bermain bola sepak tapi mungkin saya boleh ke bidang kejurulatihan. Untuk ke arah itu saya perlu mula balik dari bawah. Saya perlu fikirkan faktor kewangan juga dan masih mempertimbangkan.
"Apapun, bola sepak tetap dalam hati saya," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: Ayu Raudhah Suka Anak Ramai, Meriah Katanya! Zaquan Adha; "Saya Pula Suka Nombor 8"

Akuinya, beberapa tawaran kontrak baharu diterima daripada pasukan lain, namun dia memilih untuk membantu isterinya berniaga buat masa sekarang.
"Ada juga pasukan lain yang tawarkan saya kembali beraksi tapi saya perlu fikirkan masa depan sebab tawaran itu melibatkan lokasi jauh.
"Saya perlu berbincang dengan isteri sebab apabila dah bukan pemain bola sepak gaji akan berbeza. Itu yang saya perlu manage.
"Jadi mungkin perlu buka lembaran baharu sebagai jurulatih atau usahawan. Yang penting nak tenang daripada dunia bola sepak.
"Buat masa sekarang, saya bantu isteri berniaga dan menjadi penjual sambal," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.