,
Laman Utama

Zamani Sempat Buang Kutil & Cerahkan Kulit Sebelum Konsert Esok Malam! - "No Pain No Beauty"

Amri Hassan
29/09/2022
06:57 MYT
Siapa kata lelaki tak perlu jaga kesihatan kulit? Ramai golongan lelaki yang semakin menitik beratkan aspek penjagaan wajah dengan menjalani rawatan estetik.
Ini termasuklah vokalis Slam, Zamani yang masih sempat membuat rawatan muka menjelang konsertnya, Konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, malam esok.
Memilih Idealyst Clinic milik Dr Aidil Azry Datuk Mokhtar, antara rawatan yang dibuat Zamani adalah membuang kutil kulit di wajah secara laser dan picozapp yang juga laser untuk mencerahkan kulit yang kusam.
"Saya rasa bertuah dapat menjalani semua rawatan ini sebelum mengadakan konsert malam esok apatah saya bukan jenis lelaki yang terlalu mementingkan wajah sebelum ini.
"Namun konsultasi bersama Dr Aidil sebelum membuat rawatan membuatkan saya bersetuju paras rupa dan imej turut memainkan peranan penting bagi mengekalkan nama dalam arena hiburan selain bakat yang ada pada seorang artis.
"Malah semua rawatan saya buat tidak pula menyakitkan dan hanya sedikit rasa pedih di mana sesuai dengan perumpaan dunia kecantikan iaitu ‘no pain no beauty," ujarnya.
Selain itu kata Zamani, dia juga membuat rawatan gabungan tiga jenis vitamin kulit yang bertindak sebagai penggalak iaitu asid hyaluronic, glutation & DNA salmon bagi melembabkan kulit dan mencerahkan kulit wajah, merawat jeragat dan mengatasi masalah pori besar serta menghilangkan kedutan dan garis halus wajah.
Zamani memberitahu, selepas melakukan rawatan tersebut, ramai rakan yang bertemunya telah memuji perbezaan yang ketara berbanding sebelum ini.
Malah, dia sendiri turut merasakan wajah lebih segar dan licin serta nampak lebih muda.

Hadiah Dr Aidil buat Zamani

Sementara itu, Dr Aidil memberitahu, pihaknya tampil bekerjasama dan menaja rawatan Zamani sebagai penghargaan kepada satu nama besar dalam industri seni suara di negara ini.
Malah kata beliau, Idealyst Clinic berbangga dapat terlibat dalam persediaan penyanyi itu dari segi wajahnya sebelum membuat persembahan menerusi konsertnya malam esok.
"Kami berharap konsert Zamani akan sukses sebelum dia menjalani pembedahan tulang belakang pada November ini.
"Namun kita akui vokal Zamani tiada galang ganti dan kelunakannya itu menerusi lagu-lagu malar segarnya yang popular sehingga hari ini.
"Kami sedia untuk bekerjasama dengan Zamani lagi pada masa akan datang," katanya sambil memberitahu orang ramai yang berminat mendapat maklumat lanjut tentang rawatan itu boleh melayari Facebook dan Instagram Idealyst Clinic.
Sementara itu, Konsert Doa Buat Zamani Unplugged diadakan gara-gara Zamani yang menderita penyakit skoliosis yang menyebabkan tulang belakang membengkok dan dia tidak pasti apa yang akan berlaku selepas dibedah, pada November depan.
Biarpun doktor menjelaskan risiko pembedahan yang dijangka mengambil masa antara lapan hingga 10 jam itu kecil, Zamani berhajat bertemu peminat selepas dia berehat panjang selepas prosedur itu.

Kos bedah tulang belakang Zamani

Zamani bakal menghiburkan penonton menerusi rangkaian15 lagu ketika bersama Slam sebelum ini termasuk enam lagu solo antaranya Syair Si Pari Pari, Nur Kasih dan Rindiani pada konsert itu.
Sebelum ini, gara-gara bimbang selain kos pembedahan itu agak mahal iaitu antara RM80,000 hingga RM100,000, Zamani menangguhkan pembedahan biarpun sudah menghidap penyakit tulang belakang bengkok sejak 2015.
Selain Zamani, konsert yang dijangka berlangsung dua jam pada 30 September depan turut dijayakan Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof serta penampilan istimewa, Datuk Aznil Nawawi.
Dalam pada itu, konsert 'unpluggged' itu tidak dianjurkan secara terburu-buru, sebaliknya, dirancang sebelum Aznil melancarkan dana bagi menampung kos pembedahannya, pada Jun lalu. Zamani lebih selesa mencari dana menampung kos pembedahan dan sara hidup melalui konsert berbanding membuka tabung bantuan.
Bagaimanapun, Zamani berterima kasih dan menghargai usaha Aznil yang berjaya mengumpul sumbangan lebih RM100,000.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Berita

Inovasi Baharu Lindungi Kulit Dari Dalaman, Dr. Cute Kenalkan Minuman Oral Sunproof Coffee

gempak
19/11/2024
18:55 MYT
Dr. Cute International Sdn. Bhd. telah mencipta gelombang baharu dalam industri kecantikan di Malaysia dengan memperkenalkan produk minuman Oral Sunproof Coffee oleh Dr. Cute.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Unitar