HIBURAN
Iqbal Tegur Cara Anak Muda Mohon Kerja, Perlu Ada Adab Bukan Panggil Abang, Bro, Kau - “Ada Yang Minta Sampai RM20,000 Sebulan”
Usahawan dan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli memberikan teguran terbuka kepada individu yang ingin memohon pekerjaan khususnya dalam bidang kreatif seperti videografi.
Perlu ada adab, jaga panggilan
Iqbal memberikan teguran itu susulan menerima lambakan mesej peribadi (DM) berkaitan permohonan kerja yang ditawarkannya sebelum ini.
Menerusi hantaran di Insta Story miliknya, Iqbal menegaskan bahawa adab dan cara komunikasi ketika memohon kerja mencerminkan profesionalisme dan nilai kendiri seseorang.
“Saya terima sangat banyak DM permohonan untuk kerja sebagai videografer. Sedikit teguran untuk kebaikan, supaya senang di kemudian hari jika mohon kerja di tempat lain.
“Pertama, elakkan panggil "Abang, Bro, Kau". Panggil Encik atau Tuan itu bukanlah kita mahu disanjung atau terlalu serius.
“Sekurang-kurangnya panggil nama. Kecuali memang sudah kenal lama. Inikan kerja professional. Lagi-lagi tawaran gaji itu tinggi.
“Kedua, jangan demand dulu. Tunjukkan hasil kerja dulu. Buktikan pengalaman. Ini ada yang sampai minta RM20,000 sebulan.
“Saya boleh bagi jika betul mendatangkan hasil dan saya boleh manfaatkan semaksimum yang boleh, tegurnya.
Sertakan portfolio sesuai dengan gaji
Selain soal adab, Iqbal turut menegur sikap sesetengah individu yang terlalu awal meletakkan permintaan gaji tinggi tanpa menyertakan hasil kerja atau portfolio yang membuktikan kemampuan mereka.
“Berkaitan demand gaji, sebenarnya boleh dan tidak salah. Saya tahu untuk nilaikan hasil video. Tahukah video muzik saya pun saya sanggup laburkan lebih RM60,000 untuk 3 minit video.
“Tanpa persoalkan dan tawar menawar pun. Itu kerana saya tahu hasil video mereka. Sebaliknya, jika banyak perkara saya perlu didik satu persatu kembali.
“Ajar cara bergaul, cara masuk majlis, ada yang satu video saya bayar RM30O. Tetapi saya tidak akan minta bermacam kerana saya tahu sebanyak itu sahaja yang saya bayar,” jelasnya.

Bawa Content Anda Ke Level Pro
Hasilkan video lancar & profesional dengan gimbal AI auto-tracking. Mudah, praktikal & sesuai untuk content kreator.
Upgrade Content AndaMust-Watch Video