,
Laman Utama

Zaki Yamani Target Dapat 7A Dalam SPM - "Sibuk Kerja Pun, Pelajaran Diutamakan!"

Amri Hassan
11/02/2023
03:47 MYT
Mungkin ramai tidak tahu, penyanyi Zaki Yamani bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Menyedari kesibukan kerjaya seninya sebagai penyanyi dan pelakon, Zaki, 17, atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas tusyen di Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI sejak penghujung tahun lalu.

Zaki Yamani nak mantapkan lima subjek SPM

Zaki yang juga pemenang program Famili Duo musim kedua bersama abangnya Yamani Abdillah berkata, dia mahu memantapkan lima subjek sebagai persediaan SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.
"Saya mengikuti kelas di PTTI sebab mahu memberi fokus pada lima subjek. Ini kerana, saya mahu 'kejar' semula pelajaran yang banyak tertinggal ekoran terbabit dengan kerjaya seni. Saya fikir, sibuk macam mana pun saya bekerja, pelajaran tetap menjadi keutamaan.
"Alhamdulillah, saya bertuah kerana cikgu di PTTI semuanya 'sporting' dan banyak membantu termasuk rakan-rakan di situ. Pendek kata, saya tak berasa terasing pun. Malah mereka menyambut baik.
"Diakui pada awal kelas tu agak kekok juga, tapi apabila dah lama saya mula faham apa yang diajar. Sesi yang diikuti memberi banyak kesan pada prestasi pelajaran saya. Macam subjek Matematik misalnya, ada peningkatan. Kalau soalan dari cikgu di sekolah, saya boleh jawab lebih baik berbanding dulu," katanya.

Zaki Yamani ikon PTTI

Bukan sahaja pelajar, malah Zaki turut dipilih sebagai Ikon PTTI. Sehubungan itu, Zaki berkata, dia perlu memberikan contoh terbaik kepada semua pelajar baik dari segi disiplin mahupun keputusan peperiksaan.
"Sejujurnya saya sangat teruja apabila PTTI ambil saya sebabai ikon mereka. Saya tak pernah dapat tawaran macam ini. Jadi, sebagai ikon saya kena buktikan layak digelar ikon.
"Sebab itu saya kena belajar bersungguh-sungguh kerana orang akan berikan perhatian pada kita. Bukan saja pelajaran tapi juga disiplin dan tingkah laku kita. Seperkara yang saya suka di PTTI adalah mereka ajar kita lebih berdisiplin untuk datang ke kelas mengikut jadual ditetapkan.
"Untuk SPM 2023 saya menyasarkan 7A. Insya-Allah, kalau ada rezeki. Kalau tidak dapat, tak apa. Apa yang penting semua subjek lulus," katanya.

Zaki cita-cita jadi pensyarah

Dalam masa sama, Zaki yang bercita-cita menjadi pensyarah berpesan kepada semua remaja dan golongan selebriti yang masih bersekolah untuk tidak mengabaikan pelajaran.
"Kepada golongan selebriti yang masih bersekolah, sibuk macam mana pun bekerja, kena cari tempat dan luangkan masa untuk menghadiri kelas tambahan atau tusyen untuk 'cover' semula apa yang tertinggal di sekolah.
"Selain ada kemahiran dalam bidang seni, perlu juga ada ilmu. Bukan apa, andai satu hari tidak terbabit dengan seni dan tidak menyambung pelajaran, sekurang-kurangnya kita tetap berilmu. Jadi, jangan sesekali abaikan pelajaran kerana ia akan membantu pada masa hadapan," katanya.
Bempena kemenangan Zaki dalam Famili Duo baru-baru ini, PTTI menawarkan 10,000 buku percuma untuk semua pelajar SPM di seluruh Malaysia. Hubungi PTTI di Instagram @pttionline
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.