,
Berita

Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Baharu Tapi Perlu Carum KWSP

Gempak
25/01/2024
08:29 MYT
Kabinet bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan yang baharu dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Justeru menurutnya, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz tidak lama lagi.
"Apa yang sudah dibincangkan dalam Kabinet tadi bahawa terdapat kekeliruan daripada kenyataan mengenai jawatan atas pengambilan baharu adalah perjawatan kontrak, ia tak bermaksud begitu.
"Tetapi, ia kontrak untuk satu tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tapi tak berpencen, mereka akan mencarum KWSP dan kerajaan bakal beri sumbangan sebagaimana kebiasaan yang dilakukan kepada kakitangan swasta.
"Sesiapa yang layak juga diberikan sumbangan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Sebab itu langkah jangka panjangnya, penjawat awam baharu akan dilantik begitu, namun yang sedia ada diteruskan secara tetap dan berpencen," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Sebelum ini, perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi satu pekeliling yang dikatakan bakal mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.
SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kerana Tekanan Kerja, Wanita Ini Naik Berat Sehingga 20 Kg

gempak
12/09/2024
04:55 MYT
Gara-gara tekanan di tempat kerja seorang wanita muda di China telah mengalami kenaikan berat badan sehingga 20 kilogram (kg) dalam masa setahun.
Gaya Hidup

10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrap Sejak 2021 Hingga Tahun Ini

gempak
09/09/2024
08:46 MYT
Jabatan Insolvensi mendedahkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh hampir empat tahun ini membabitkan penjawat awam.
Viral

Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

gempak
08/09/2024
07:25 MYT
Seorang lelaki berusia 30 tahun di timur negara China meninggal dunia akibat kegagalan organ berikutan bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.
Viral

Gadis 19 Tahun Antara 36 Individu Dicekup, Sindiket Persundalan Swinger Tumpas!

gempak
01/09/2024
02:19 MYT
Sebuah sindiket pelacuran yang menyediakan kegiatan seks bebas secara berkumpulan buat 147,000 pelanggan berjaya ditumpaskan pihak polis baru-baru ini dengan penahanan 36 individu, termasuk penjawat awam.
Gaya Hidup

Pelarasan Gaji Penjawat Awam: Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu

gempak
16/08/2024
16:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam hari ini, yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi kakitangan awam di seluruh negara.