,
Laman Utama

Zack Idris Meninggal Dunia

Gempak
29/07/2023
00:57 MYT
Pelakon era 1990-an, Zack Idris meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada petang Jumaat.
Zack atau nama sebenarnya Mohd Idris menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun selepas dikejarkan ke hospital akibat muntah dan pitam.
Berita tersebut disahkan bekas isterinya, Aliza Rafar sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.
“Tadi, saya pulang ke rumah dari hospital dan sampai sahaja di rumah, lebih kurang waktu Asar, saya dimaklumkan bahawa arwah sudah tiada,” ujarnya.
Menurutnya lagi, Zack mengadu pening kepala dan berasa mahu pitam sebelum dibawa ke hospital oleh anaknya.
Allahyarham dimasukkan ke zon merah kecemasan dan diberi bantuan oksigen sebelum ditidurkan.
Ketika hayatnya, Allahyarham pernah terlibat dalam filem Johnny Bikin Filem pada tahun 1995, Penyair Malam (1998), Syukur 21 (2000), Black Maria (2003) dan Cendol: Kepada Allah Aku Berserah (2016). Beliau juga pernah membintangi teater Sultan Alauddin Riayat (2008).
Zack dan Aliza pernah berumah tangga selama 18 tahun, sebelum mengambil keputusan untuk bercerai. Mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Hiburan

Nur Izzara Alami Muntah-Muntah Hingga Masuk Wad, Alyah Terkenang Kisah Ibu Ulang-Alik Hospital – “Saya Dulu Lahir Tak Cukup Bulan”

gempak
09/09/2024
14:25 MYT
Penyanyi Datin Alyah memaklumkan anak angkatnya iaitu Nur Izzara ditahan di wad hospital selepas mengalami muntah-muntah baru-baru ini.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.