,
Hiburan

Yuka Nafi Kurang Buat Promosi, Sudah Cadang Tundakan Konsert Aisha Retno - "Niat Saya Memang Nak Tolong ..."

Asyraf Roslan
20/11/2024
10:55 MYT

Penganjur konsert, Yuka Kharisma menafikan syarikat mereka tidak melakukan sebarang promosi untuk Konsert Aisha Retno Malam Sutera.

Menurut Yuka, mereka telah melaksanakan bahagian mereka sebagai penganjur konsert untuk memastikan tiket konsert itu dapat dijual.
“Kita sebagai penganjur sudah membuat promosi menerusi ads namun kita juga sangat terbatas kita minta satu video, ia memakan masa hampir dua bulan.
“Artis juga memainkan peranan yang besar untuk sebuah konsert.
“Ini bukan konsert pertama saya, sudah banyak yang saya anjurkan dan artis memainkan peranan penting untuk menjayakan konsert tersebut dan juga promosi, kalau kata kita kurang promosi kena tanya juga bagi pihak artis, adakah anda sudah buat banyak promosi di sosial media anda?” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi Konsert Sulung Dibatalkan, Ini Penjelasan Aisha Retno - “Saya Sangat Ragu-Ragu Apabila…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Faktor Kekurangan Jualan Tiket..." - Penganjur Sahkan Konsert Aisha Retno Malam Sutera Dibatalkan

Pada masa sama, Yuka juga berkata pihaknya sudah mencadangkan untuk menangguhkan konsert tersebut namun tidak dipersetujui oleh pihak Aisha Retno.

“Sebab niat saya memang nak menolong Aisha, sebab itu saya nak tunda konsert ini, sebab saya nak jaga reputasi bersama, reputasi dia sebagai artis dan reputasi saya sebagai penganjur serta persahabatan kami.
“Cuma ini semua kami tak dapat hindari, dan terpaksa berakhir begini,” kata Yuka semasa sesi sidang media pembatalan Konsert Aisha Retno Malam Sutera.
Sementara itu, peguam yang mewakili Yuka iaitu Tuan Muhammad Arief memaklumkan kenyataan yang memberitahu pihak Aisha tidak mengetahui mengenai pembatalan konsert adalah tidak benar.
“Kalau nak cakap Aisha tak tahu mengenai pembatalan konsert itu tidak benar sebab seperti yang saya katakan, sudah ada banyak perbincangan diantara beberapa pihak sebab itu disusuli dengan cadangan namun kedua-dua pihak tidak boleh mencapai kata sepakat.
“Dan akhirnya keputusan untuk membatalkan terpaksa dibuat, untuk mengatakan dia terkejut itu tidak benar. Ia sudah diketahui oleh beliau dan pihak pengursan beliau,” ujar Tuan Arief.
Terdahulu, Konsert Aisha Retno Malam Sutera diumumkan batal atas faktor penjualan tiket yang kurang oleh pihak penganjur, Kharisma Music International.
Aisha Retno kemudian memuat naik sebuah video meluahkan rasa sedih atas pembatalan konsert tersebut.
Konsert sulung Aisha Retno itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024. ​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hiburan

Pinjamkan RM83,000 Untuk AJL38, Kharisma Music Tuntut Aisha Retno Bayar Baki Pinjaman - "Kami Tak Pernah Janjikan Tajaan"

gempak
20/11/2024
23:55 MYT
Menurut peguam yang mewakili Kharisma Music International Tuan Muhammad Arief Tuan Mohamad Yusof berkata wang itu adalah merupakan duit pinjaman bagi memastikan segala persiapan dan persembahan pelantun lagu Sutera itu berjalan dengan lancar.
Hiburan

Siti Nurhaliza Seru Penganjur Fokus Marketing Dan Sponsor - “ Jangan Berangan Nak Buat Konsert...”

gempak
18/11/2024
09:25 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh penganjur adalah untuk mempunyai kumpulan dan startegi pemasaran yang baik.
Hiburan

Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

gempak
11/11/2024
21:55 MYT
Menurut pelantun lagu Samudera itu, situasi yang dihadapinya kini sangat sukar namun dia harus bersikap profesional apabila mahu tampil membuat persembahan.
Hiburan

Kontroversi Konsert Sulung Dibatalkan, Ini Penjelasan Aisha Retno - “Saya Sangat Ragu-Ragu Apabila…”

gempak
10/11/2024
15:25 MYT
Penyanyi Aisha Retno tampil memberi respons mengenai kontroversi pembatalan konsert sulungnya Malam Sutera Live In Concert yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.
Unitar