,
Laman Utama

Youtuber Berhabis RM100K Semata-Mata Penuhi Impian Mahu Jadi Anjing

Izwan Isa
30/07/2023
13:50 MYT
Seorang Youtuber dan pencipta kandungan di Jepun menjadi bualan dalam kalangan netizen gara-gara video yang memaparkan dirinya sebagai anjing viral di media sosial.
Menerusi video yang dirakam tahun lalu bagi siaran stesen televisyen Jerman, RTL itu, Taco dilihat sedang bermesra dengan orang awam di sebuah taman.
“Saya menjadi collie (baka anjing) memenuhi impian saya sejak kecil untuk menjadi seekor haiwan,” katanya menerusi video berkenaan.
Syarikat Jepun Zeppet, yang sering membuat kostum untuk iklan TV dan filem merupakan entiti yang bertanggungjawab mereka kostum anjing hiper-realistik untuk Taco.
Menurut mereka, kostum berkenaan mengikut baka anjing jenis collie dan disiapkan dalam tempoh 40 hari. Difahamkan, kos penghasilan kostum tersebut mencecah AS$22,000 (RM100,000).
Video Taco bersiar-siar di taman kini menerima lebih dua juta tontonan selepas dimuat naik minggu lalu.
BACA: Ini Anjing Paling Berpengaruh Di Media Sosial, Ada 25 Juta Pengikut & Jana Jutaan Ringgit​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gunakan Kamera Tersembunyi Untuk Merakam, Lebih 1,000 Wanita Jadi Mangsa 'Skodeng' Lelaki Gatal Di Mata Air Panas

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Lelaki yang berusia 31 tahun itu dipercayai telah menggunakan kamera yang disembunyikan dalam batu tiruan yang diletakkan berhampiran dengan mata air panas  tersebut.
Hiburan

Diserang Anjing Rottweiler Ketika ‘Shooting’, Mia Nasir Syukur Tak Alami Kecederaan Serius - “Kalau Tanya Trauma Atau Tidak, Saya Akan Cakap…”

gempak
09/09/2024
04:25 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan pelakon Mia Nasir diserang seekor anjing rottweiler ketika sedang menjalani penggambar baru-baru ini menarik perhatian netizen.
Viral

Pemain Badminton Didenda RM25,000, Pukul Anjing Di Balkoni Rumah

gempak
30/08/2024
10:25 MYT
Seorang pemain badminton profesional didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kajang pada Jumaat selepas mengaku bersalah memukul seekor anjing secara bertubi-tubi di balkoni rumahnya, bulan lepas.
Viral

Tanah Jerlus Masjid India: Frankie & Denti, Wira Batang Kali Kembali Beraksi

gempak
28/08/2024
04:25 MYT
Dua anjing Unit Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Denti dan Frankie dibawa ke lokasi tanah jerlus di Masjid India pada Selasa.
Hiburan

Keluarga Tak Mahu Tunai Wasiat Mendiang Alain Delon Dikebumi Bersama Anjing Hidup

gempak
22/08/2024
15:50 MYT
Aktor ikonik Perancis, Alain Delon meninggal dunia pada usia 88 tahun minggu lalu.