,
Laman Utama

Young Syefura Bernikah Dengan Ahli Perniagaan, Bulan Madu Di Kuala Lumpur

Azwa Rahman
12/04/2021
02:04 MYT
Dengan sekali lafaz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman sah bergelar isteri kepada Muhammad Edrin Nordin, pada Sabtu.
Pasangan yang berpakaian sedondon dalam persalinan putih itu dinikahkan bapa Young Syefura dengan mas kahwin sebentuk cincin berlian.
Memetik laporan Harian Metro, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, 32, berkata, majlis berkenaan berlangsung di dewan Wisma Selangor, Jalan Ampang dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri semua ahli keluarga dan rakan rapat.
"Alhamdulillah saya lega dan bersyukur, majlis berlangsung dengan sempurna seperti dirancangkan.
"Saya mengharapkan perkahwinan ini berkekalan dan bahagia sampai ke syurga," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Sementara itu, di ruangan Twitter, pasangan itu dilihat menikmati bulan madu dan menghabiskan masa bersama di sekitar ibu kota.
Terdahulu, Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan dan suaminya yang juga ahli perniagaan berstatus duda itu mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu.
Sebelum ini, Rara pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus pelaburan, Muhammad Masyur pada 24 September 2016, namun pasangan itu bercerai talak satu pada 7 Mac 2019.
Kredit foto: Instagram Rara & Twitter @asrulmm
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dikritik Sebab Dikatakan Seiras Young Syefura, Tatty Hassan Tak Kisah Kata-Kata Negatif - “Saya Gembira Dengan Rupa Saya…”

gempak
01/02/2024
09:55 MYT
Cantik je dua-dua
Laman Utama

[VIDEO] YB Rara Angkat Sumpah Di Parlimen, Netizen Puji Cantik; “Ini YB Ke Pramugari?”

gempak
20/12/2022
01:00 MYT
Manis je muka YB Rara
Berita

Berkelah Di Bagan Lalang, Adun Ketari, Young Syefura Akan Bayar Kompaun Langgar SOP PKPB Segera

gempak
17/11/2020
23:10 MYT
okay semua sudah selesai
Laman Utama

“Siasatan Terhadap Young Syefura Akan Dibuat Selepas Menerima Laporan...” – Ketua Polis Daerah Sepang

gempak
10/11/2020
07:00 MYT
Meskipun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman menyatakan kesediaannya untuk disiasat namun, pihak polis tidak boleh memulakan siasatan sehingga ada laporan dibuat terhadap ahli politik itu.
Laman Utama

Didakwa Rentas Negeri Untuk Sambut Hari Jadi, Young Syefura Terima Kecaman Netizen - “Sila Letak Jawatan”

gempak
10/11/2020
03:31 MYT
Ahli politik.....