gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Juri Guna Imuniti X Untuk Afiq Sky! Allan Andersn & Awienit Tersingkir Di Suku Akhir
HIBURAN
Taanusiya Chetty Seru Ibu Bapa & Guru Mainkan Peranan Penting Dalam Kesihatan Mental - “Saya Tahu Perasaan…”
HIBURAN
Guang, Sepet Antara Filem Ditayang Semula Di Festival Filem China-Malaysia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

You Belong With Me! Taylor Swift Berjaya Miliki Semula Hak Rakaman Enam Album Pertama

gempak
Asyraf Roslan
31/05/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
You Belong With Me! Taylor Swift Berjaya Miliki Semula Hak Rakaman Enam Album Pertama

Penyanyi dan komposer, Taylor Swift meluahkan rasa gembira selepas dapat membeli semula hak rakaman asal bagi enam buah album pertamanya sekali gus menamatkan pertikaian yang telah berlarutan sejak tahun 2019.

Menerusi satu kenyataan, pelantun lagu Cruel Summer itu rasa bagai tidak percaya kerana berja memiliki semula hak rakaman tersebut.

“Segala muzik yang pernah saya hasilkan kini menjadi milik saya,” tulis Swift di laman rasminya.
Sengketa bermula selepas bekas pengurusnya, Scooter Braun telah membeli syarikat rakamannya sebelum ini dan memperoleh hak ke atas enam buah album Swift iaitu Taylor Swift, Fearless, Speak Now, Red, 1989 dan Reputation.
Untuk melindungi karyanya, Swift mengambil pendekatan luar biasa dengan merakam semula empat albumnya termasuk Reputation dan Taylor Swift dan melancarkannya semula sebagai “Taylor’s Version”.Braun kemudiannya telah menjual hak tersebut kepada firma pelaburan Shamrock Capital, sebelum Swift membeli semula hak itu daripada mereka dengan jumlah yang tidak didedahkan.
Kejayaan ini hadir selepas kejayaan besar Eras Tour yang mencatat kutipan melebihi USD2 bilion, dan membantu menampung kos pembelian semula katalog tersebut.
Menurut pensyarah di Berklee College of Music, Ralph Jaccodine, tindakan Swift merupakan simbol perjuangan hak artis: “Dia telah membina jenamanya sendiri dan menjadi suara penting dalam memperjuangkan hak pemuzik.”
Topic Berkaitan
#Album
#Taylor Swift
#Hak Rakaman
Must-Watch Video