,
Laman Utama

Yonnyboii Menang Album Terbaik AIM23, Bolot RM200,000!

Shahrin Zulkifle
11/09/2022
17:52 MYT
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM)23 mengangkat album Deluxe Version milik penyanyi Yonnyboii sebagai pemenang kategori Album Terbaik.
Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan Yonnyboi menerima sebuah trofi kemenangan dan Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM500,000 yang disalurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).
Manakala lagu Goodbye Hello nyanyian Ernie Zakri dan Syamel dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AIM23 yang membawa pulang DKD RM50,000.
Selain Lagu Terbaik, Ernie turut memenangi dua trofi lain iaitu Lagu Pop Terbaik (Goodbye Hello) dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Sinar Mata Hati.
Sementara itu, kategori Rakaman Lagu Terbaik telah dimenangi oleh Dayang Nurfaizah menerusi lagu Tudung Periuk dan turut menerima insentif DKD berjumlah RM20,000 beserta trofi.
Manakala, Artis Baru Terbaik dimenangi oleh Vanessa Reynauld yang turut menerima DKD berjumlah RM50,000.
Bagi kategori Video Muzik Terbaik, lagu Gatal milik Janna Nick menerima DKD RM20,000.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, penganjuran AIM adalah perlu bagi mengiktiraf karya-karya seni muzik tanah air.
"Saya ucapkan tahniah kepada penganjur diatas penganjuran anugerah yang gilang gemilang ini.
"Anugerah sebegini sudah lama tidak dianjurkan dan apabila sudah ada pelung , semua pihak mengambil peluang tersebut termasuklah penganjuran AIM23.
"Penganjuran AIM adalah penting dan perlu dilaksanakan untuk memberikan pengiktirafan kepada pekarya seni tanah air.
"Saya harap AIM akan terus diadakan pada edisi seterusnya," katanya usai malam kemuncak anugerah itu.
Bertemakan Glam dan Sophisticated, AIM23 telah dijurikan oleh barisan juri professional seperti Datuk Mokhzani Ismail, Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz, Fauzi Marzuki dan beberapa lain lagi.
Malam penuh bersejarah itu turut diserikan dengan persembahan dari barisan selebriti antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Nikki Palikat, Aina Abdul, Marsha Milan dan ramai lagi.
AIM23 disiarkan secara siaran langsung menerusi saluran 104 (Astro RIA) dan Radio ERA.

Berikut merupakan senarai pemenang AIM 23:

1.Lagu nasyid terbaik - Thank You Allah : Alyah ft Cat Farish & Ustaz Haris 2.Lagu pop etnik terbaik - Adat kasih : Ziha Salleh 3.Artis baru terbaik - Vanessa Raynold 4.Runut lagu terbaik - Buat Ku Sempurna : hi Shila Amzah & Liza Hanim 5.Lagu R&B/hip hop terbaik - Ciao : Joe Flizzow 6.Lagu pop elektronik/dance terbaik - Fun, Lust, Love : Late Night Frequency 7.Video muzik terbaik - Gatal : Janna Nick 8.Lagu inggeris tempatan terbaik - Game of Charades : Sophia Zuhri 9.Lagu Cina terbaik : Uriah 10.Lagu bahasa Meolayu terbaik yang dipersembahkan oleh artis luar negara : Tak Ingin Usai Lagi - Keisya Levronka 11.Lagu rock terbaik - Tugu Ugut : Sekumpulan Orang Gila (SOG) 12.Lagu pop terbaik - Goodbye Hello : Syamel & Ernie Zakri 13.Persembahan vokal berkumpulan terbaik dalam lagu - VE : Tunggu 14.Persembahan vokal dua kolabrasi dalam lagu - Buat Ku Sempurna : Shila Amzah & Liza Hanim 15.Persembahan vokal terbaik di dalam lagu lelaki - Arddley Nicholas : Pilu 16.Persembahan vokal terbaik di dalam lagu wanita - Ernie Zakri : Sinar Mata Hati 17.Anugerah Sri Wirama- Tan Su Loke 18.Kulit Single/Album Terbaik - Adat Kasih : Ziha Salleh 19.Lagu Terbaik - Goodbye Hello - Syamel & Ernie Zakri 20. Album Terbaik - Deluxe Version : Yonnyboi 21. Rakaman Lagu terbaik - Dayang Nurfaizah : Tudung periuk 22. Rakaman lagu terbaik di dalam album- Belagu : Dayang Nurfaizah 23. Susunan muzik terbaik di dalam lagu - Tudung Periuk : Dayang Nurfaizah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Hiburan

Kongsi Video Luang Masa Dengan Anak, Netizen Puji - “Very Fatherly Tok Ram, Dalam Serius Ada Lembut..”

gempak
12/09/2024
06:25 MYT
Sejak kehadiran anak angkat sebagai penyeri hidup, Datin Alyah dilihat sering berkongsi momen keluarga kecilnya di media sosial.