,
Laman Utama

Yonnyboii Kena Serangan Panik Selepas Catwalk Di Fashion Show Neonate - "Saya Sesak Nafas, Insecure & Cuak Sangat... Mujur Tunang Ada Sekali"

Amri Hassan
08/11/2021
08:25 MYT
Penyanyi rap Yonnyboii berdepan serangan panik selepas tamat pertunjukan fesyen jenama Neonate pada petang Ahad.
Berkongsi perkara terbabit, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, mengakui terlalu gementar hingga akhirnya menyebabkannya sesak nafas sejurus tamat pertunjukan fesyen itu.
Ketika kejadian, Yonny terpaksa dibawa ke luar pentas dan ditenangkan oleh tunangnya, Nik Nazira dan wakil pengurusan yang kebetulan berada di lokasi sama ketika itu.
"Alhamdulillah, sekarang sudah okey, semalam (Ahad) saya overwhelmed sangat dengan orang ramai dan terlampau nervous.
"Biasanya saya akan mengalami gejala sama setiap kali sebelum membuat persembahan nyanyian di pentas, tapi biasanya ada Nad (pengurus) di belakang pentas. Tapi semalam saya seorang diri.
"Saya minta maaf kepada rakan media, tak bermaksud nak tinggalkan acara," ujarnya ketika dihubungi Gempak.
Yonny memberitahu selepas mengalami serangan panik, tunangnya membawa ke restoran untuk mengalas perut sebelum menghantar ke rumah.
"Saya tak tahu macam mana nak handle situasi ini kalau dia tak ada. Selepas saya bertenang, dia bawa saya makan sekejap dan hantar saya balik.
"Sebenarnya panic attack itu berlaku kerana saya takut apa yang saya buat semalam salah, saya takut orang menilai saya dan risau terbuat silap besar.
"Saya jadi sesak nafas dan nervous sangat, lagi pula itu pertama kali saya catwalk di pentas runway. Jadi insecure dengan diri sendiri sebab nampak orang lain lagi profesional dari saya. Memang banyak perkara bermain dalam fikiran saya," jelasnya.
Melanjutkan bicara, Yonny teruja apabila diberikan peluang untuk berjalan di pentas fesyen pertama kalinya memperagakan busana Neonate milik pengacara popular Karl Shafek sempena Kuala Lumpur Fashion Week yang sudah melabuhkan tirai pada Ahad.
"Saya dihubungi oleh mereka untuk menjadi muse dalam pertunjukan fesyen, memang teruja sebab ini pun pertama kali saya. Seronok sebenarnya dapat berjalan di pentas KLFW.
"Tapi saya banyak insecure, rasa kecil sangat bila di belakang pentas. Sebab saya sedar saya ni tak adalah model sangat... Tapi sekadar nak mencuba benda baharu. Jadi saya sahut cabaran dan beranikan diri kali ini.
"Ketika di pentas mereka mahukan saya berjalan dengan karakter lain berbanding model. Saya jadi diri sendiri, mengikut mesej dari pakaian yang saya peragakan," ujarnya.
Neonate menampilkan koleksi bertemakan zaman kelam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 sejak dua tahun lalu dan isu kesihatan mental.
Diberi nama Noir yang bermaksud hitam (dalam bahasa Perancis), koleksi itu juga dikategorikan sebagai parut yang mendefinisikan pengalaman lampau.
Ditanya tentang pandangan mengenai koleksi Noir Neonate, kata Yonny; "Kita semua pernah melalui zaman gelap dan isu kesihatan mental ada di mana-mana cuma kurang diambil berat. Bagi saya koleksi ini berani tampilkan sesuatu yang lebih ekspresif dan soul apabila digayakan."
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi! !Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

gempak
17/08/2024
13:25 MYT
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya memukau penonton dalam acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di ibu negara.
Hiburan

Tampilkan Rupa & Bentuk Badan Yang Pelbagai, Penyampai Radio ERA Jadi Model Catwalk KLFW

gempak
05/08/2024
15:55 MYT
Penyampai radio ERA diberi penghormatan untuk menjadi model catwalk bagi acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 bertempat di perkarangan Menara Berkembar Petronas.
Terkini

Ummi Nazeera Bakal Jadi Wajah Fiziwoo? Ini Penjelasan Fiziwoo - “Ummi Merupakan..”

gempak
05/08/2024
11:55 MYT
Memperagakan busana daripada pereka fesyen terkenal Fiziwoo, pelakon Ummi Nazeera berjaya mencuri tumpuan penonton yang hadir di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 baru-baru ini.
Hiburan

Comel! Anak Perempuan Muncul Di KLFW 2024, Sharifah Sakinah Menjerit Beri Sokongan

gempak
31/07/2024
12:25 MYT
Anak kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Anais Adha mencuri tumpuan apabila muncul di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Hiburan

Penaja Tarik Diri, Karl Shafek Tanggung Hutang RM500,000! - "Silap Saya Percaya Melayu Dengan Melayu"

gempak
12/02/2024
09:50 MYT
Pengacara dan cef selebriti Karl Shafek mendedahkan dia terpaksa menanggung hutang hampir setengah juta ringgit gara-gara penaja menarik diri saat akhir selepas pertunjukan fesyen bersama jenamanya, Neonate, akhir tahun lalu.