,
Laman Utama

Yatt Hamzah Hamil Anak Ke-6 Pada Umur 40 Tahun - "Patutnya Dah Boleh Tahu Jantina Baby Kan?"

Asraf Aided
06/03/2021
04:55 MYT
Pelakon Yatt Hamzah memaklumkan dia kini hamil lima bulan.
Yatt yang dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini itu berkongsi perkara tersebut menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
"Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil.
"Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan? rasanya baby girl lagi atau baby boy kali ini?" tulisnya.
Menurut Yatt, dia tidak kisah tentang jantina anak kelimanya itu, pada masa yang sama, bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik.
"Apapun Allah bagi bonda okay je Alhamdulillah, tak tahulah Abahnya.
"Alhamdulillah kehamilan ke-6 pada usia 40 tahun (Yatt mengalami keguguran sekali sebelum ini). Alhamdulillah Allah bagi sihat, kuat dan cergas walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang je," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Yatt juga mengatakan dia dan keluarga bakal menyambut kelahiran bayi dalam kandungan itu pada Julai ini.
"Hello lil baby, Insya-Allah Bonda, Abah and all your sisters will see you in July ya, stay strong and healthy, Amin," akhirinya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Yatt mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan untuknya.
Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Dalam perkahwinan kedua Yatt itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.
Manakala menerusi perkahwinan pertamanya dahulu, Yatt mempunyai seorang anak iaitu Suci Hanania Malika.
Yatt pernah mengalami keguguran pada September tahun lalu.
BACA: Yatt Hamzah Keguguran Selepas ...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.