HIBURAN
Sarah Hildebrand Selamat Lahirkan Anak Sulung
Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Sarah Hildebrand selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya.
Berita gembira itu dikongsikan Sarah menerusi hantaran di Instagram miliknya apabila dia memuat naik foto bersama suami tercinta dan bayi mereka di bilik bersalin sejurus selepas proses kelahiran.
“Ineffable 👼🏻🖤,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Kehadiran si kecil itu nyata mencuri perhatian rakan artis serta peminat yang tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan agar keluarga kecil ini sentiasa diberkati.
Terdahulu, pada Ogos 2024, Sarah mendedahkan dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka berasal dari Amerika Syarikat.
Kemudian, pada Februari lalu, pelakon berusia 34 tahun itu turut berkongsi foto alat ujian kehamilan sekali gus mengesahkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata sulung.
Untuk rekod, Sarah pernah berkahwin dengan pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019 namun berpisah beberapa tahun kemudian tanpa mendedahkan tarikh sebenar perceraian.
Sarah yang popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda pada tahun 2022 pernah mengumumkan pengunduran dirinya daripada dunia seni. Beliau kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat dan kini bertugas bersama pasukan beruniform, Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force).
Must-Watch Video