,
Laman Utama

Yasin Sulaiman Tenang Diperintah Bela Diri 3 Kes Dadah

Maliah Surip
03/10/2023
09:16 MYT
Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman membela diri terhadap tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
Hakim Faiz Dziyauddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Yasin, 48, di akhir kes pendakwaan.
"Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan. Setelah mahkamah meneliti dan menimbang keterangan kesemua saksi secara penilaian maksimum, tertuduh dipanggil untuk membela diri ke atas ketiga-tiga pertuduhan," katanya.
Ketika keputusan dibacakan, Muhammad Yasin yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan tenang dan setelah jurubahasa menerangkan pilihan yang diberikan, dia memilih untuk meneruskan perbicaraan dengan berdiam diri. "Yang Arif Tuan Hakim, saya memilih untuk berdiam diri," kata Muhammad Yasin.
Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Muhammad Yasin memberitahu mahkamah, pihaknya telah bersedia dengan saksi pembelaan pertama iaitu Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid' di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, pada tarikh yang sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 6B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penyanyi Yasin Sulaiman Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

gempak
22/08/2024
04:49 MYT
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang sebelum ini dilepas dan dibebaskan terpaksa menghabiskan sisa hidup dalam penjara apabila dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan atas kesalahan dadah oleh Mahkamah Tinggi.
Laman Utama

Laporan Psikiatri Sahkan Yasin Ada Bipolar Disoder Dan Tidak Waras Ketika Kejadian Kes Dadah

gempak
06/07/2023
09:30 MYT
Yasin Sulaiman disahkan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak mempunyai penyakit bipolar disorder dan hyperthyroidism.
Laman Utama

Yasin Sulaiman Masih Ditempatkan Di Hospital Bahagia

gempak
22/06/2023
09:50 MYT
Yasin masih di sana bagi pemeriksaan mental
Laman Utama

Kesihatan Mental Semakin Merosot, Yasin Diarah Rujuk Ke Hospital Bahagia

gempak
08/05/2023
08:20 MYT
Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya.
Laman Utama

"Saya Peluk Dia, Tinggal Tulang" - Abang Bimbang Keadaan Kesihatan Yasin Sulaiman

gempak
12/01/2023
21:42 MYT
Sedih lihat keadaan Yasin...