HIBURAN
“Yang Semestinya Bukan Jojo Sebab Dia…”- Opai
Pempengaruh, Opai sekali lagi berjaya mencuri perhatian ramai apabila dia didakwa mengeluarkan satu kenyataan berkenaan seorang peninju Muay Thai terkenal di TikTok.
Menerusi perkongsian itu, Opai atau nama sebenarnya, Aliff Awang memaklumkan dirinya sibuk bertemu dengan beberapa figura besar dalam dunia Muay Thai seperti Rodtang Jitmuangnon.
“Hari ini sangat sibuk. Sepanjang hari aku lepak denga Rodtang, Tawanchai dan ramai lagi.
“Yang paling aku tak boleh gambarkan, ada kemungkinan satu kejuaraan Malaysia akan berlangsung.
“Berdasarkan perbincangan, kita akan ada program ‘Road To One’ sama seperti program UFC. Ini adalah projek yang gila,” katanya.
Dalam video tersebut, Opai memetik nama Jojo Ghazali dan mendakwa atlet itu bukan calon yang layak mewakili Malaysia dalam kejuaraan tersebut kerana kerap tewas dalam pertarungan.
“Kita akan bangga dengan petinju Malaysia yang akan berusaha dapatkan kemenangan itu.
“Siapa? Yang semestinya bukan Jojo. Dia selalu kalah. Mungkin Aliff Rakib,” jelasnya.
Selepas kenyataan itu dikeluarkan, rata-rata peminat Jojo meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Teringin nak tengok kau fight dengan jojo. Nak tengok sikit. Kau mention kalah tu macam jojo tu failed. Biasalah dalam pertandingan ada ups and downs. kejap di atas dan di bawah.”
“Nanti dia suruh kau plak naik ring.”
"Yang jojo dah fight tu bukan category fighter biasa-biasa bro,”komen netizen.
Walau bagaimanapun, Opai tetap dengan pendiriannya dengan menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan itu adalah benar namun dia juga menjelaskan petinju Muay Thai berusia 17 tahun itu layak bertanding.
Must-Watch Video