gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Genap Usia 45, Syahrini Potong Kek Mewah Tergantung Macam Chandelier
HIBURAN
"Saya Pegang Watak Gangster! Banyak Aksi & ..." - Ji Seung-hyun Bintangi Bluefish, Filem Kolaborasi Korea Selatan, Malaysia, Indonesia
HIBURAN
Soffi Jikan Kini Dirawat Di Hospital, Dipercayai Alami Jangkitan Kuman - “Dada Dia Sakit & Hati Suspek…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ASTRO GEMPAK ARTICLE

“Dia Gigil Sebab Trauma...Jangan Buat Innocent” – PA Ulas Reaksi Bella Astillah Beri Anugerah Pada Sophia AlBarakbah

gempak
gempak
04/08/2025
02:38 MYT
Sponsor Banner
“Dia Gigil Sebab Trauma...Jangan Buat Innocent” – PA Ulas Reaksi Bella Astillah Beri Anugerah Pada Sophia AlBarakbah
Pembantu peribadi Bella Astillah, iaitu Niel Rafeq tampil mendedahkan sisi sebenar di sebalik situasi ketika penyanyi dan pelakon tersebut dilihat ‘terpaksa’ mengumumkan nama Sophia Albarakbah sebagai pemenang kategori Selebriti Feminin Terhangat di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) pada Ahad malam.
Menurut Niel, hanya orang terdekat mengetahui luka lama yang pernah ditinggalkan Sophia dalam hidup Bella, dan detik di atas pentas itu dipercayai telah mencetuskan semula trauma buat penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah itu.
“Kawan yang terdekat je tahu apa dia ni buat kat hidup Bella dulu dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah, tapi tadi jadi macam tu mungkin pada orang yang dah memberi trauma pada hidup dia.
“Dia gigil sebab dia trauma. Dia je pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga harini. Sebab Bella selalu pesan pada kami, yang penting Allah tahu.
“Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar,” katanya menerusi hantaran di instagram Story.
Dalam hantaran sama, Niel turut meninggalkan pesanan ringkas dipercayai ditujukan kepada seseorang individu.
“Jangan buat innocent,” tulisnya.
Terdahulu, suasana pengumuman kategori Selebriti Feminin Terhangat seolah-olah kelihatan janggal apabila Bella dilihat terpaksa mengumumkan nama Sophia.
Sophia bagaimanapun tidak mengambil hati dengan dakwaan segelintir netizen yang menganggap suasana di antara dirinya dan penyanyi Bella Astillah ketika berada di atas pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) kelihatan janggal dan dingin.
Namun, tindakan Bella yang terus bergegas meninggalkan lokasi sebaik sahaja selesai acara, menguatkan lagi spekulasi netizen mengenai ‘ketegangan’ yang kononnya tercetus antara kedua-dua selebriti tersebut.
Sebelum ini, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa pelakon itu menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan penyanyi Aliff Aziz sekitar Januari 2023.
Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan mengganggu rumah tangga pasangan itu.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 dan disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement