,
Laman Utama

Yang Enak, The Sil & Erika Sinergi Dua Negara

Maliah Surip
03/12/2021
10:50 MYT
Indonesia dan Malaysia adalah dua negara jiran yang mempunyai persamaan dalam banyak aspek. Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak ciri khas, termasuk kerangka acuan standard dalam sejarah, budaya dan agama. Walaupun kedua-dua negara adalah negara yang terpisah dan bebas, ianya tidak terbatas untuk projek Yang Enak dari sebuah band Indonesia - The Sil & Erika.
Terbitan single Yang Enak ini merupakan sebuah projek khas kerjasama terbitan pengkarya muzik dari Malaysiadan Indonesia.
Masing-masing terlibat dalam komposisi lagu ini. Single ini dicipta lagu dan lirik sepenuhnya oleh mereka iaitu Raja Faizal (Pencipta lagu di bawah Emthree Publishing di Malaysia dan bernaung di bawah Luncai Emas ) & Ell Rock (Anggota kumpulan The SIL) selaku produser untuk single ini dengan tujuan memperkayakan variasi muzik dari THE SIL tanpa merubah identiti band tersebut. Raja Faizal menyatakan lagu ini punyai idea dan mesej tersendiri . Ideanya kerana melihat setiap perkara yang haram adalah seronok dibuat seperti judi , minum arak, maksiat dan seumpamanya. Namun perkara sebegitu adalah sementara . Yang Enak jelas mendatangkan mudarat .
THE SIL adalah sebuah band Rock Alternatif Indonesia yang berasal dari Jakarta yang dianggotai oleh ELL ROCK sebagai pemain gitar utama dan Sablem sebagai pemain gitar bass. Kedua-dua mereka juga adalah vokalis utama The SIL.
THE SIL yang pada awalnya merupakan sebuah one-man project sehinggalah pada akhirnya bergabung dengan anggota baru yang terdiri daripada ELL ROCK (Guitar, Vocal), Sablem (Bass, Vocal) dan Shella (Drum) secara rasmi pada tarikh 08.08.2018. Dengan terkumpulnya lagu-lagu ciptaan ELL ROCK dan SABLEM sepanjang perjalanan karyanya, maka THE SIL telah dikolaborasikan pada tahun 2018.
Idea terbentuknya THE SIL adalah kerana mereka tidak ingin dikenali hanya sebagai seorang pemuzik solo lantas bercita-cita ingin membina nama sebagai sebuah band muzik bagi memperjuangkan idea-idea kreatif muzik mereka kepada para peminat muzik di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia khususnya.
Nama THE SIL sendiri telah dipilih oleh ELL ROCK sebagai nama rasmi band ini. Seterusnya pada bulan Ogos 2018 juga, THE SIL telah melancarkan sebuah album perdananya yang telah diedarkan secara Independent dan dipublishkan oleh MUSICBLAST.ID dengan hits single mereka iaitu Aku Bosan (2018) & Terimalah Cintaku (2018).
THE SIL sudah menghasilkan beberapa single-single baru pada tahun 2019 dan 2020 secara dalam talian dan kini pada tahun 2021 hadir kembali dengansingle terbaru iaitu Yang Enak feat. Erika (vokalis jemputan).
Kini band THE SIL lebih gemar memiliki konsep berkolaborasi dengan vokalis jemputan namun tetap mengekalkan anggota band tetap yang ada.
Luncai Emas bertindak sebagai label yang mengedarkan secara jualan digital bagi single ini. Tanggal 15 Oktober video klip rasmi Yang Enak telah dilancarkan di youtube Luncai Emas dan telah mencapai tontonan sebanyak 11ribu untuk tempoh sehari .
Dapatkan single Yang Enak ini dan nikmatinya di pelbagai portal digital antaranya di Youtube, iTunes, Spotify, Deezer, Joox, dan layaran portal muzik streaming yang lain.
Semoga hasil kerjasama dari dua negara ini mendapat perhatian dan sambutan yang baik dari kalangan peminat , para media di seluruh Malaysia dan Indonesia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.