VIRAL
Wanita Batal Kahwin, Tunang ‘Main’ Dengan Sister Hong
Internet dihebohkan dengan kes seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita malah memperdaya ribuan lelaki lain untuk menjalinkan hubungan seks.
Lelaki berusia 38 tahun dengan nama sebenar Jiao menggunakan identiti Sister Hong atau digelar Uncle Red selepas kegiatan tidak bermoralnya terbongkar baru-baru ini.
Lebih sadis, South China Morning Post melaporkan Sister Hong yang memperdaya mangsa dengan solekan tebal, rambut palsu dan memalsukan suaranya adalah seorang penghidap HIV.
Dan dia menyebarkan HIV kepada ribuan mangsa yang berhubungan seks dengannya — merakamkan aksi mereka secara rahsia lalu menjual konten di pasaran.
Selepas ditangkap, bukan hanya mangsa yang terkesan tetapi orang di sekeliling mereka.
Ini termasuklah seorang wanita yang mengaku kekasih kepada ‘pelanggan’ Sister Hong.
Menurut perkongsian yang didedahkan di laman sosial China, wanita itu mendakwa telah bercinta selama tiga tahun dengan lelaki tersebut.
Kini dia membatalkan rancangan perkahwinan selepas melihat bakal suaminya dalam salah satu konten seks yang dirakam Sister Hong,
Menerusi video yang tersebar, lelaki yang didakwa calon suaminya memakai jaket berwarna hitam. Lelaki tampan itu sedang bersama Sister Hong dalam satu ruangan.
“Kami sudah bersama selama tiga tahun. Ibu bapa kami sudah berjumpa. Kami juga sudah bertunang. Tapi sejak insiden Ah Hong saya sudah tidak mempercayai kamu,” luah wanita itu.
Lelaki yang menyamar sebagai wanita itu dipercayai memperdaya dan menggoda mangsanya menerusi perkenalan atas talian dan telefon sebelum membawa mereka pulang ke rumah.
Meski ramai mangsa yang akhirnya sedar Sister Hong adalah Uncle Red atau lelaki, mereka tetap datang ke rumannya selepas dirayu.

Must-Watch Video