,
Gaya Hidup

Yang di-Pertuan Agong & Keluarga Diraja Tawan Puncak Borobudur

Azwa Rahman
29/08/2019
10:10 MYT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawan puncak Candi Borobudur yang merupakan tarikan warisan terkenal di Yogyakarta, Indonesia.
Dalam lawatan rasmi empat hari itu, Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendaki anak tangga menuju ke puncak candi bagi menikmati pemandangan dan menghayati keunikan seni bina monumen bersejarah itu.
Turut disertai oleh tiga puteri baginda, pasangan diraja turut meluangkan masa kira-kira satu jam di tapak warisan dunia itu dan berkesempatan beramah mesra dengan pelancong termasuk rakyat Malaysia.
Malah, puteri bongsu baginda, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah sempat memuat naik gambar keluar diraja itu berlatarbelakangkan pemandangan indah di laman Twitternya, @jihanabdullah27. Berkeluasan 2,500km persegi, candi Buddha terbesar di dunia itu turut tersenarai sebagai satu daripada Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
Lawatan itu turut diiringi oleh Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan delegasi Malaysia.
Terdahulu, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat ke kompleks Harto Soehardjo di Kotagede bagi melihat seni pembuatan kraftangan yang dihasilkan daripada perak.
Memetik laporan Bernama, lawatan Keluarga diraja ini akan diakhiri dengan menyaksikan persembahan kebudayaan ‘Sendratari Ramayana’ di Kompleks Rama Shinta Ballet di Yogyakarta, malam ini.
Keluarga diraja itu dijadual berangkat pulang ke Malaysia esok.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.