FILEM
"Yang Dah Tengok Jangan Post Spoiler Ya" - Pesan PM Untuk Penonton Avengers: Infinity War
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di akaun Twitternya meminta orang ramai yang sudah menonton filem Avengers: Infinity War agar tidak mendedahkan spoiler di media sosial.
Kata Najib, tindakan itu demi memberikan peluang kepada orang ramai yang masih belum menonton filem itu agar merasai keterujaan menyaksikan sendiri naskhah antarabangsa itu.
"Macam mana #AvengersInfinityWar? Saya tengok di timeline ramai puji.
"Yang dah tengok tu jangan post spoilers ya. Bagi peluang semua tengok dulu. #ThanosDemandsYourSilence," tulis beliau.
Sebelum ini kempen #ThanosDemandsYourSilence telah digiat gempur bagi menyebarkan amaran kepada penonton agar tidak membocorkan spoiler filem tersebut.Macam mana #AvengersInfinityWar ? Saya tengok di timeline ramai puji ?. Yang dah tengok tu jangan post spoilers ya. Bagi peluang semua tengok dulu. #ThanosDemandsYourSilence— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 26, 2018
Avengers: Infinity War, terbitan Marvel Studios, merupakan filem ketiga dari siri Avengers ini merupakan filem ke-19 dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).
Filem lakonan mantap Robert Downey Jr, Chris Hemsworth, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch, Tom Holland, Chadwick Boseman dan Zoe Saldana itu telah mula ditayangkan sejak Rabu di seluruh Malaysia.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter
Must-Watch Video