,
Hiburan

“Ya Kahwin Di Usia 23 Tahun & Saya Pilih Dia Sebagai Isteri Selamanya,” - Ben Ladin

Mya Amri
15/07/2024
08:25 MYT
Penyanyi, Ben Ladin mempunyai sebab tersendiri tidak menghebahkan berita mengenai perkahwinannya bersama isteri yang dikenali sebagai Anna.
Ben menjelaskan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Ada sebab tak umum perkahwinan

Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Benladen Munshi Shaihan, 23, berkata dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan sebaliknya sedang menunggu gambar rasmi daripada jurugambar sebelum berkongsi berita baik itu secara umum.
“Maaf membuatkan anda semua menunggu, saya menerima begitu banyak kiriman mesej daripada keluarga, sahabat, media dan juga peminat.

“Sebenarnya saya cuma ingin memberitahu secara rasmi bahawa saya telah berkahwin dengan isteri tercinta, Anna.

“Kami berdua memutuskan untuk merahsiakan perkara itu sehingga kami telah berkahwin secara rasmi.
“Dalam pada masa yang sama, saya baru sahaja dapat gambar rasmi perkahwinan kami. Saya ingin mengucapkan terima kasih juga pada semua yang terlibat,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 8 Tahun Jalin Cinta, Sean Lee Tiada Niat Sorok Perkahwinan Dengan Isteri – “Kalau Betul Sayang Tak Perlu Gelojoh”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sangka Boleh Masak, Afifah Nasir Seronok Jadi Suri Rumah - “Suami Suka Makan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"

Kahwin di usia 23 tahun

Dalam pada itu, Ben juga berharap peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka dalam menempuhi alam perkahwinan di usia muda.

“Ya saya sudah berkahwin pada usia 23 tahun dan memilih dia untuk menjadi isteri saya selamanya.

“Harap semua doakan yang terbaik untuk kami berdua, dan semoga kami sentiasa kuat untuk lalui perjalanan di dalam rumah tangga di masa akan datang,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Lepas 4 Bulan Pra Perkahwinan, Kos RM700 Juta, Dari Kim K Sampai Mantan Presiden Hadir, Anant Ambani & Radhika Akhirnya Kahwin

BERITA TRENDING: Aiman Tak Kisah Dilabel Perosak Perkahwinan, Anggap Best Man Win - "Masih Ada Peluang Selagi Cincin Belum Dijari"

Terdahulu, tular di TikTok mengenai satu video merakamkan Ben mengenakan pakaian sut berona biru gelap manakala isterinya pula memakai gaun serba putih minggu lalu.
Dalam video tersebut, kelihatan tiga jari pelantun lagu Hikayat Benladin inu memakai inai merah dan memeluk wanita itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Unitar