,
Terkini

Wulan Guritno Tidak Pernah Buat Pembedahan Plastik - “Semua Asli, Tapi Saya Tidak Menolak Kemungkinan..”

Umirah Halim
22/02/2024
09:00 MYT
Pelakon Indonesia, Wulan Guritno mengakui dirinya tidak pernah membuat sebarang pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah.
Kata pelakon berusia 44 itu, dia masih belum berani untuk mencuba rawatan kecantikan yang melibatkan pembedahan plastik kerana bimbang akan perubahan yang drastik pada wajahnya.
Namun, dia tidak menyangkal kemungkinan untuk dirinya mencuba pembedahan plastik pada masa akan datang.
“Sampai sekarang saya belum pernah cuba untuk buat pembedahan plastik, semua nya asli.
“Saya masih belum berani untuk cuba rawatan seperti rawatan filler, tarik benang atau sebagainya kerana takut muka saya berubah.
“Tapi saya tidak menutup kemungkinan di masa akan datang, kalau nanti saya umur 55 mungkin saya akan buat.

Berita Trending: Peminat Wanita Menangis Tonton Lakonan Fattah Amin

“Sebab saya percaya teknologi akan semakin maju kita sebagai perempuan mesti lah nak kekal cantik jadi siapa tahu satu hari saya memerlukan,” katanya ketika ditemui Gempak.
Wulan Guritno berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem yang dibintanginya, Trinil: Kembalikan Tubuhku di sebuah pawagam di Kuala Lumpur.
Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku sudah ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari lalu dan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Februari 2024.
Antara barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuk Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Fattah Amin, Shalom Razade dan Alexzander Wan.
Lebih istimewa lagi, penyanyi popular iaitu Aina Abdul telah diberi peranan untuk menyanyikan lagu OST filem berkenaan berjudul Kasih Merintih.
Sinopsis Trinil
Trinil: Kembalikan Tubuhku bermula dengan kisah pasangan suami isteri, Rara (Carmela Van De Kruk) dan Sutan (Rangga Nattra) memulakan hidup baharu setelah berkahwin. Rara mewarisi sebuah ladang teh yang terletak di Jawa Tengah, manakala Sutan pula menjadi jururawat di hospital. Pada suatu malam, Rara mengalami gangguan mistik. Risau akan terjadi sesuatu perkara yang lebih buruk, Sutan meminta bantuan Yusof (Fattah Amin) untuk menangani gangguan berkenaan. Pada mulanya, Rara menolak cadangan suaminya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”

gempak
23/08/2024
00:55 MYT
Gara-gara penampilan terbarunya yang menyaksikan dia kelihatan amat ‘berbeza’ berbanding ketika awal kemunculan dalam industri, ramai warganet yang mengusik penyanyi, Syamel.
Hiburan

Finalis Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim Pernah Dicadangkan Untuk Buat Pembedahan Plastik - “Kecantikan Itu Lahir Dari Dalaman”

gempak
07/08/2024
06:55 MYT
Salah seorang finalis untuk Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli kerana tidak menepati standard kecantikan di Malaysia.
Hiburan

Zarina Anjoulie Tak Malu Mengaku Pernah Buat Pembedahan Plastik - “Apa Yang Buat Rasa Hina, Potong Usus Tapi Dia Claim Diet”

gempak
04/06/2024
02:55 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie akui lebih selesa untuk tidak menyembunyikan kebenaran pernah melakukan pembedahan plastik atau kecantikan pada bahagian muka dan badannya.
Nusantara

Ria Ricis Minta Pendapat Mahu Buang ‘Kantung Mata’, Netizen: “Baik Ganti Akhlak…”

gempak
14/05/2024
15:55 MYT
Ria Ricis menuai kritikan dalam kalangan netizen selepas meminta pandangan untuk melakukan pembedahan plastik.
Laman Utama

Nafi Buat Pembedahan Plastik, Charlize Theron Kata Wajah Berubah Kerana Usia

gempak
23/08/2023
14:55 MYT
Masih lawa!