Gaya Hidup

Wow! ID Digital Nasional Ganti MyKad? Ini Penjelasan Kementerian

gempak
Hanafis Haris
28/08/2019
11:26 MYT
Sponsor Banner
Wow! ID Digital Nasional Ganti MyKad? Ini Penjelasan Kementerian
Dunia kini sedang melalui fasa permodenan ke arah dunia penuh digital dan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menyokong kepada pembangunan ini.
Inisiatif ini dapat dilihat apabila Malaysia telah berubah kepada penggunaan tanpa tunai atau 'cashless'.
Malah, kerajaaan juga sedang dalam proses menguji rangkaian 5G yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Namun, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa inisiatif ID Digital Nasional telah menerima persetujuaan Jemaah Menteri.
Jadi apakah ID Digital ini?
Menurut kenyataan dikeluarkan kementerian, ID Digital merupakan satu teknologi pengesahihan dinamik yang direka untuk perniagaan ataupun urusan yang dikendalikan secara dalam talian.
Sama ada seseorang pengguna membuka akaun buat kali pertama, log masuk untuk urusan perniagaan ataupun membuat pembayaran secara digital, ID Digital Nasional ini membantu sesuatu perniagaan itu membuat keputusan yang tepat dan boleh dipercayai dalam masa yang nyata.
Menurut kenyataan itu lagi, ID Digital Nasional ini bukan pengganti kepada MyKad atau Kad Pengenalan sedia ada dan ia juga tidak diwajibkan untuk semua.
Difahamkan, kajian mengenai ID Digital Nasional akan bermula pada suku keempat tahun ini.
Untuk makluman Singapura dan Thailand antara negara Asia yang telah melancarkan sistem ID Digital ini.
Sistem tersebut membolehkan jutaan penduduk melakukan operasi atas talian dengan lebih selamat dan lancar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024