,
Laman Utama

Wow! Artis-Artis Antarabangsa Ini Rupanya Pernah Mendapatkan Pendidikan Di Malaysia! No. 3 Paling Tak Sangka

Izwan Isa
29/04/2022
12:50 MYT
Kita selalu mendengar dan menyaksikan artis-artis dari luar negara pindah ke Malaysia bagi mencari rezeki di sini. Namun, tahukah anda Malaysia juga menjadi tempat pembelajaran bagi beberapa selebriti antarabangsa?
Jom semak!
Afgan Penyanyi, Indonesia Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara merdu, Afgansyah Reza, atau lebih mesra disapa Afgan. Memulakan karier sebagai penyanyi menerusi penerbitan album Confession No. 1 pada 2008, nama Afgan terus meroket naik dan cukup sinonim dengan karya-karya berbentuk balada cinta. Afgan bagaimanapun tidak pernah melupakan bidang pelajaran dan memperolehi ijazah dalam bidang ekonomi dari MONASH University, Malaysia.
Acha Septriasa Pelakon & penyanyi, Indonesia Nama Acha Septriasa mula meniti di bibir peminat selepas dia membintangi filem pecah panggung, Heart pada 2006. Selain berlakon, Acha juga diberi peluang untuk menyanyikan lagu-lagu runut bunyi daripada filem berkenaan. Antara lagu yang popular termasuklah My Heart dan Sampai Menutup Mata. Acha kemudian melanjutkan pelajaran di Lim Kok Wing University dalam bidang produksi filem pada 2007 dan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bagi memenuhi jadual penggambaran.
Han Jisung Stray Kids Idol K-Pop, Korea Selatan Han Jisung merupakan salah seorang ahli daripada kumpulan K-Pop popular, Stray Kids. Menetap di Malaysia selama enam tahun, Han Jisung yang pada itu berusia 8-9 tahun pernah mendapatkan pendidikan di Sekolah Antarabangsa Fairview di Ampang, Selangor. Karier Han Jisung bersama Stray Kids kini diuruskan oleh JYP Entertainment, salah sebuah agensi hiburan terbesar di Korea Selatan.
Seo Kang Joon Pelakon, Korea Selatan Siapa sangka, pelakon Seo Kang Joon yang popular menerusi drama seperti Cheese In the Trap, Are You Human? dan Entourage ini pernah menetap dan mendapatkan pendidikan di Malaysia. Sungguhpun tidak mendedahkan lokasi tempatnya menuntut ilmu, namun, Seo Kang Joon menetap di Malaysia selama setahun tujuh bulan.
Raline Shah Pelakon, Indonesia Umum mengetahui ramai yang meminati pelakon cantik Raline Shah. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Raline pernah tinggal di Malaysia selama beberapa tahun dan mendapat pendidikan secara formal di sini. Pelakon Surga Yang Tak Dirindukan ini pernah menetap di Johor Bahru dan mendapatkan pendidikan di Kolej Tuanku Ja’afar di Negeri Sembilan dan melanjutkan pelajaran di National University of Singapore.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Afgan Ulas Aksi Mesra Bersama Jessi Dalam Video Muzik ‘Escape’ - “Sama Macam Kita Selalu Lakukan…”

gempak
12/08/2024
13:25 MYT
Penyanyi Indonesia, Afgan mendedahkan bahawa dia tidak mengambil kisah tentang komen yang dilemparkan oleh netizen selepas melancarkan lagu duetnya bersama penyanyi terkenal Korea, Jessi.
Hiburan

Sempat Terfikir Nak Menikah, Rossa Ulas Status Hubungan Bersama Afgan - “Memang Setiap Hari Dengan Afgan..”

gempak
17/07/2024
12:25 MYT
Penyanyi Rossa mengakui tidak pernah mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi Afgan.
Hiburan

Konsert 'Ada Afgan & Lyodra: Live In KL' September Ini, Harga Serendah RM258!

gempak
15/07/2024
19:35 MYT
Tampil dengan single duet Ada, penyanyi popular Indonesia, Afgan dan Lyodra bakal menghiburkan peminat-peminat kesayangan mereka di Malaysia menerusi konsert ‘ADA  AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada 28 September 2024.
Laman Utama

Difitnah Netizen Dirinya Pro Isr**l, Raline Shah: “Kita Harus Realistik, Doa Pada Allah”

gempak
02/11/2023
12:46 MYT
Raline Shah akhirnya ‘angkat bicara’.