,
Laman Utama

WHO Luluskan Penggunaan Vaksin Sinovac, KJ Akui Tingkatkan Keyakinan

Asraf Aided
02/06/2021
05:50 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Sinovac.
Perkara itu secara langsung akan meningkatkan keyakinan pengambilan vaksin berkenaan.
Ia turut diakui Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.
"Pengiktirafan global ini meningkatkan keyakinan ketika 12 juta bekalan vaksin Sinovac kita akan memastikan 18 peratus populasi negara ini mendapat manfaat daripadanya," tulis beliau. Hari ini, WHO memberi kelulusan kepada vaksin COVID-19 keluaran Sinovac yang juga vaksin kedua buatan China itu untuk kegunaan kecemasan.
Pertubuhan itu juga sudah memuktamadkan kelulusan Sinovac yang kini diedarkan secara global.
Sebelum ini, WHO turut meluluskan vaksin Pfizer/BioTech, Moderna, Johnson & Johnson dan Astrazeneca yang dihasilkan di kesatuan Eropah (EU), India dan Korea Selatan untuk kegunaan kecemasan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.