,
Laman Utama

Welcome Back Sugu Pavithra! 5 Bulan Menyepi, YouTube Meriah Dengan Video Masakan Baharu

Amri Hassan
01/03/2021
23:25 MYT
Kontroversi pasangan Youtuber masakan popular Sugu Pavithra hampir melenyapkan nama mereka sekitar enam bulan lalu.
BACA: Sugu Pavithra Mahu Kehidupan Biasa, Tak Mahu Populariti
Tiada sebarang khabar apatah lagi video masakan sepertimana yang sering dikongsikan pasangan itu di platform YouTube mereka sebelum ini.
Bagaimanapun, akaun YouTube Sugu Pavithra kembali aktif sejak seminggu lalu apabila mereka mula memuat naik video masakan terbaharu.
Berkongsi resepi Briyani Kambing & Salad Timun, kemunculan pasangan itu dialu-alukan peminat setia mereka.
Meninjau ruangan komen video masakan terbabit, ramai yang menyambut baik kemunculan semula Sugu Pavithra dan berharap pasangan itu kembali berkongsi video seperti sediakala.
"Welcome back akak Pavithra, lama sudah hilang. Buat yang terbaik okey. Kita rakyat Malaysia support you," tulis Isa Abdillah Mohamad.
"Semoga pasangan suami isteri sugu dan pavithra serta anak-anak sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu," doa seorang pengguna.
"Teruskan upload and share what about you like to do in cooking..just ignore negetive comments," nasihat Haan Haxxi.
"Wahh saya terkejut setelah lama menghilang tiba-tiba dapat notification dari Sugu Pavithra, saya terus click. Ramai yang tertanya-tanya kemana menghilangnya awak Pavithra," tambah Mrjoemarc Official.
Terdahulu, pasangan YouTuber yang mengumpul lebih 800,000 subscriber itu bertindak memadamkan semua video masakan mereka sekitar Oktober tahun lalu.
Populariti kilat pasangan itu ranap apabila Sugu ditahan pihak berkuasa atas dakwaan memukul Pavithra pada Julai 2020.
Bagimanapun, Pavithra telah memaafkan suaminya atas kekasaran yang terjadi.
BACA: "Saya Sudah Maafkan Suami" - Pavithra Mohon Terus Sokong Video Masakannya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.